| 5 comments ]

Ahad: 25 November, 2008
Balik dari Ipoh semalam, ikut jalan Parit. Sebabnya, malas nak ikut jalan Seri Iskandar-Ayer Tawar. Sekarang ni, jalan situ banyak kerja naik taraf jalan. Tapi kalau siap jalan tu nanti, nanti besar jalannya, 2 lorong sehala. Jalan Parit-Beruas pula, walau agak bengkang-bengkok, kereta tak banyak. Elok juga, tak ngantuk ketika drive.

Paris Clock Tower

Entah mengapa, bila ada kamera di tangan, tergerak nak ambil gambar. Masa tu, lampu merah di tengah Pekan Parit. Baru 4-5 bulan je traffic light tu dibina. Tengok gaya trafik kenderaan kat situ, macam belum perlu lagi traffic light tu rasanya. Tapi mungkin juga ketika PakTeh lalu tu bukan waktu peak-time.

Renovated Old Shophouses

Gambar di atas diambil kerana keunikan bangunan lama yang nampak terjaga. Ditangkap di traffic light di tengah pekan. Kelam kabut sikit tangkap sebab lampu dah hijau. Agak2 apa benda bulatan butih di tengah2 kedai tu? Hehe.. itu bayang botol pewangi kereta PakTeh atas dashboard. Tangkap dari driver seat.

Nordin Bridge - Tg. Blanja : 2007

Gambar ni pula, Jambatan Nordin. Satu identiti unik yang menghubung Pekan Parit dengan Pekan Tanjung Blanja yang dipisahkan oleh Sungai Perak. Jambatan kini dah lawa sikit, konkrit. Zaman PakTeh naik bas semasa belajar di Ipoh dulu, jambatan besi. Setiap kali bas lalu situ, siapa penumpang tidur, tentu terjaga.. bunyi yang cukup 'menggegarkan'! Krrgungg! Krrrganggg! Krrgungg! Krrrganggg! Ada satu gambar klasik dari site Majlis Daerah Perak Tengah yang mengembalikan nostalgia lama.

Nordin Bridge: Late 1980s - Early 1990s

Semasa Jepun memerintah, jambatan asal menghubungkan Pekan Parit dengan Pekan Tg. Blanja dimusnahkan. Apabila Inggeris kembali memerintah, jambatan tersebut dibina semula, dinamakan Jambatan Nordin. Nama Nordin diambil sempena nama ADO Parit ketika itu, Dato' Nordin bin Wahab yang selepas itu menjadi OBJ Negeri Perak menggantikan tempat bapanya Dato' Wahab atau lebih dikenali dengan gelaran, Panglima Bukit Gantang, bekas Menteri Besar Perak. Untuk kisah sejarah Pekan Parit, boleh rujuk site Iskandarian - laman Alumni SMK Iskandar Shah, Parit.

Related Posts by Categories



5 comments

arsaili said... @ 10:12 AM

old town yer...ala2 pekan koboi..ehehe

PakTeh said... @ 9:55 AM

a'ah arsaili. tapi kalau pergi situ, tak patut le kita pakai topi koboi laks. ehehe.

Penulis said... @ 9:30 AM

Mika duduk mana?, teman pernah nompang di sekolah Iskandah Shah (1972-1973)tingkatan 4-5. Tak banjir lagi. sekarang kerja noreh getah pake cucu sebulan sekali Yope, pake kad. Jumpa lagi ye,teman nak nyucok 16 Sep 2008.
Kalo ade bebudak SMIS kirim dalam le, Cik gu Kamaruzaman ngajo Bota

Penulis said... @ 9:32 AM

Mika duduk mana?, teman pernah nompang di sekolah Iskandah Shah (1972-1973)tingkatan 4-5. Tak banjir lagi. sekarang kerja noreh getah pake cucu sebulan sekali Yope, pake kad. Jumpa lagi ye,teman nak nyucok 16 Sep 2008.
Kalo ade bebudak SMIS kirim dalam le, Cik gu Kamaruzaman ngajo Bota

Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit, Perak said... @ 2:23 PM

Salam Yeop, cuma nak maklumkan bahawa portal ISKANDARIAN yang lama dah berkubur sebab tidak di"maintain". Jadi kami sekarang telah mengadakan laman blog baru (yang lebih senang nak diuruskan). Sila layari http://iskandarianparit.blogspot.com untuk mengetahui perkembangan terkini. InsyAllah akan kami terbitkan kembali artikel tentang sejarah penubuhan ISKANDARIAN, sejarah Sekolah Iskandar Shah dan juga pekan Parit. Terima kasih

Post a Comment