| 2 comments ]

Selasa: 27 November, 2008
Berita Harian hari ini menyatakan bahawa Malaysia Airlines (MAS) mencatat prestasi terbaik dalam sejarah 60 tahunnya dengan meraih keuntungan bersih RM610 juta bagi sembilan bulan berakhir 30 September lalu, berbanding kerugian RM255.78 juta pada tempoh yang sama 2006.


CEO - MAS, Datuk Seri Idris Jala, berkata keuntungan itu dicatat hasil perolehan yang meningkat kepada RM11.14 bilion, naik 15 peratus berbanding RM9.66 bilion pada tempoh sama sebelumnya. Katanya, untung bersih MAS bagi tempoh tiga bulan berakhir 30 September lalu pula meningkat 52 peratus kepada RM364 juta, hasil perolehan yang meningkat 15 peratus kepada RM3.68 bilion. Operasi penerbangan domestiknya pula mencatat keuntungan RM28 juta sepanjang tempoh itu. Dengan pencapaian suku ketiga yang amat menggalakkan, MAS telahpun mencapai sasaran pemulihan keuntungan perniagaan setahun lebih awal daripada jangkaan.

"Kejayaan itu ialah hasil keazaman dan dedikasi pekerja kami yang bangkit menyahut cabaran rancangan pemulihan perniagaan (BTP) MAS," kata beliau, sambil menegaskan pencapaian keseluruhan yang baik itu adalah hasil pelaksanaan inisiatif berkenaan yang dimulakan Mac 2006. Keuntungan RM610 juta yang diperoleh sepanjang sembilan bulan itu jauh lebih tinggi berbanding sasaran keuntungan RM300 juta bagi keseluruhan tahun kewangan semasa yang ditetapkan dalam BTP. "Kami yakin dapat mencatat yang terbaik untuk baki suku terakhir tahun ini kerana angka yang dicapai setakat ini saja sudah melebihi rekod untung bersih tertinggi iaitu RM460 juta yang dicatat pada 2004," katanya.

Faktor utama yang menyumbang kepada keputusan kewangan menggalakkan itu ialah peningkatan perolehan hasil pertambahan jumlah penumpang serta kejayaan MAS mengawal kos operasi bagi keseluruhan aspek operasinya, termasuk kos bahan bakar.

:: Komen PakTeh: Perubahan barisan kepimpinan sesuatu organisasi mampu membawa perubahan besar. Dengan visi dan misi jelas, barisan pengurusan mantap serta sistem kawalan yang berpiawaian tinggi; matlamat organisasi mampu dicapai malah boleh mencapai quantum leap (lonjakan saujana).

Dahulu, semasa MAS diterajui oleh Datuk Tajuddin Ramli, MAS lebih menumpukan lebih banyak penerbangan ke seluruh dunia. Walau kemungkinan kerugian telah diramal dan dialami, polisi itu masih kekal. Kini, selepas pengambilalihan syarikat, kajian mendapati penerbangan sebelum itu membazirkan kos operasi dengan bilangan penumpang yang sedikit. Apa gunanya ratusan penerbangan seminggu ke Afrika, Eropah atau Amerika Syarikat jika hanya sekadar terbang, tanpa penumpang. Jarak yang jauh meningkatkan kos bahan bakar dan buruh. Ini analogi mudah. Dalam pada itu, persaingan dengan AirAsia bagi meraih penumpang domestik melalui kempen tambang murah turut menyumbang kepada pertambahan penumpang. Haa.. tentang harga murah ni mmg bagus untuk kita semua.

Pengajaran juga untuk kita dari isu MAS ini, kita juga perlu menjaga kos operasi kehidupan seharian. Berjimat cemat boleh meningkatkan tabungan dari pendapatan bulanan. Awasi juga pergerakan menggunakan kenderaan. Kereta atau motosikal bergerak dengan bermusababkan petrol. Dan petrol sekarang harganya mahal. PakTeh ada sebuah motosikal kapcai Honda C-70 dibeli 1996. Semasa itu full tank hanya RM2.50. Sekarang, RM5.50. Kalau kereta, bagaimana? Proton Waja boleh mencapai RM95.00. Fuuh.. mengeringkan wallet. Sesungguhnya perancangan teliti "ke mana", "untuk apa" dan "dengan apa" kita pergi adalah amat bermanfaat untuk diri dan keluarga.

Related Posts by Categories



2 comments

arsaili said... @ 12:15 PM

moga kita pun dpt manfaatnya

PakTeh said... @ 2:13 PM

a'ah arsaili. cuma yg PakTeh dok musykil ni.. PakTeh duk dlm sekolah dah. Boleh jalan kaki atau naik motor je utk kerja.. tapi masih lagi pakai kereta. isk.. mcm cakap tak serupa bikin.

Post a Comment