Selasa: 15 Julai 2007
Rasanya lama sungguh PakTeh berehat dari blog, hampir 4 bulan. Hanya satu entri sahaja dimasukkan, itupun pasal Dr Mahathir keluar UMNO. Selain itu, amat jarang menjenguk internet. Ada beberapa sebab. Pertamanya..
Sejak Januari 2007 lalu, PakTeh diserang batuk. Jenis bila sekali batuk, tak berhenti-henti. Macam nak putus nafas di penghujungnya, kena urut-urut dada. Tiga kali pusingan untuk ambil dan tukar ubat di klinik swasta di sini, tak juga berubah. Batuk semakin teruk. Bulan Mac, satu kes terbatuk depan laptop hingga terpacul mucus ke skrin. Kes ini yang menyebabkan PakTeh terus berehat.
Terus skip klinik kerajaan, daftarkan kes di Hospital Manjung pada 22/3/07. Laporan X-Ray ada menunjukkan jangkitan virus. Doktor minta buat ujian mucus untuk TB. Kemudian hantar sampel 4 hari berturut2 ke makmal Klinik Pantai. Pada 28/3/08, jumpa semula doktor di hospital, bawa sama laporan analisis makmal. Hasil dapatan, confirm bukan TB, tapi virus lain.
Beberapa ulangan dibuat, juga tidak berkesan. Suara semakin garau dan akhirnya hilang.
Pertemuan terakhir dengan doktor di hospital, akhirnya dicadangkan buat susulan di Hospital Angkatan Tentera, Lumut. Di sana lebih banyak kemudahan dan kepakaran.
PakTeh ke sana bermula April. Appointment pertama pada 25/4/08. Lt. Kl. Dr Zulkifli amat baik dan cekap. Bila dia nak mula check, takut tengok gadget-nya - sejenis topi keledar bermacam button dan berlampu. Syukur kemudiannya, pertama kali dapat lihat tv menunjukkan organ respiratori diri sendiri bila dia masukkan wayar berkamera masuk melalui hidung. Subhanallah. Dapat lihat peti suara (larynx) bergetar berbagai bentuk apabila setiap tuturan kata dikeluarkan. Ketika itu, batuk dah semakin baik. Cuma masalah pada rongga hidung yang sempit. Ada daging besar merah di belakang hidung, mungkin ketumbuhan. Sampel tisu diambil pakai pengepit tanpa bius, sakit wooo. Diberi beberapa ubat, ada tambahan bila PakTeh kata sering bersin kuat dan bertalu-talu (teringat bersin arwah Tok Su Mat Ali).
Dalam temujanji seterusnya (15/5/08) dimaklumkan hasil ujian menunjukkan daging merah itu sebenarnya 'tisu lawan penyakit' (bahasa saintifiknya ada disebut tapi PakTeh tak ingat dah). Kata doktor, tisu itu normal jika besar pada bayi, selaras dengan kelemahan imunisasinya kala itu; dan akan mengecut dengan sendirinya sampai habis bila semakin masuk usia kanak2. Jadi, doktor kata tak sepatutnya dalam usia PakTeh ini masih wujud keadaan sedemikian. Dicadangkan operation - 7/7/08. Dalam pada itu, penyakit 'bersin kerap' dah hilang. Doktor kata, dia test bagi ubat alahan sebelum ini. Jadi ubat itu diteruskan, 1 biji 1 hari - stok sebulan.
Pada tarikh 7.7.08, setelah bersedia utk masuk wad untuk operation, kensel pulak. Tiada pakar bius 2 hari. Tangguh lagi sebulan, ke tarikh 12.8.08. Suspense juga.
4 comments
patut la semacam jer tgk masa antar di klia aritu. mg selamat masa operation nanti..
semacam je? ingat orang tengok 2-3 macam.. hehe. moga2 selamat insya allah.
Tentang, bius dan operate ni, cerita Pak Ndak la yang menarik.
Dulu masa duduk dengan PakLang diManjoi, PaknDak ada "risa" kecik kat bibir. Doktor nak buang je. Jadi bius cucuk tepi bibir. Tak berapa lama kemudian Misi tanya PaknDak, "dah kebas belum?"
PaknDak tergelak, sebab tetiba je PaknDak tak boleh kata apa-apa, "ak" tidak "uk" pun tidak. PaknDak kata mulut dia rasa beso macam mulut negro dan kebas.
hahaha. kalau tengok masa tu, mesti gelak besar punya.
Post a Comment