Sabtu: 27 Julai, 2008Hari Selasa (22/7), kami mula menahan lapar. Pagi-pagi lagi, 7.45am adik Munirah dah salin pakaian bedah, naik stretcher ke Dewan Bedah. Tak tau siapa pulak menyusul. Pukul 8.30am, Dr. Loh datang berikan 1 ubat spray untuk hidung. Pesanan Dr: kena spray pukul 9.00am, 10.30am dan sekali lagi bila tiba di dewan pembedahan. PakTeh tutup h/phone dlm laci locker. Selepas spray kali pertama, tidur. Bangun2, 10.30am, Munirah dah balik. Hafiz pula dah siap naik stretcher. Maknanya PakTeh no. 3 lah. Mula la tak sedap duduk, hehe. Spray hidung lagi kali ke 2.
Tunggu sampai 12.30pm, perut dah mula lapar. Dah puasa 12 jam. Akhirnya sampailah giliran. Salin pakaian bedah.. susah betul. Depan bertutup, belakang bertali pula. Diorang tolak stretcher sampai dewan bedah, banyak tempat lalu - naik lif dan jalan kona2. Sebijik macam cerita ER Astro tu. Mula2 masuk dewan bedah dulu, sebelum ke bilik pembedahan. Masuk dewan bedah, tak lama datang pakar bius. Dia ni jenis bebel juga, dimarahnya PakTeh sebab merokok, katanya paru2 lemah: tak mau ambil oksigen yang dicekup ke mulut. Hehe.. PakTeh tau dia cong tu.. bukannya oksigen, tapi chloroform. Dia suruh sedut kuat2. PakTeh sedut kuat2 juga. Akhirnya dia bengang2 merampus2 (hehe), dia angkat pencekup itu, digoyang2nya ke kiri kanan, diletak semula. Haa.. katanya dah ok. Ada nampak Dr. Loh lambai2 tangan. Dan tak lama kemudian, PakTeh dah tak sedar dah.
Sedar2 PakTeh rasa sakit ya amat. Dengar bunyi2 bising kelam kabut pembantu2 doktor. Buka mata, rasanya dah keluar di dewan bedah. PakTeh kata nak muntah, dan sebaik diorang bagi bekas - terus muntah, yang keluar ialah darah. Agaknya darah baki operation. Sampai ke bilik wad 1B, nampak MakTeh dah ada tunggu. Wah, dah pukul 4.30pm. Lamanya kena bedah. Nurse nasihat agar tidur.
Malam itu sungguh dukacita.. Lidah rasa tebai dan gabai. Mulut tak boleh tutup. Kalau cuba bangun, darah keluar ikut hidung. Pada tangan kiri ada air dimasukkan. Tak berapa larat nak sembang. Ada rakan2 sekolah berziarah. Makanan mula diberi pukul 9.30 malam, lapaqq. Kan puasa dari 12malam semalam? Dekat 1 hari. Menu dah berubah: roti bun kecik & air teh O ais. Tapi tak daya, tak leh telan pula.. nak telan air liur sendiri pun sakit. MakTeh ada tunjuk 3 botol sampel adenoid & kedua tonsil yang telah dibedah. PakTeh tak tahan tengok.. besar juga semuanya. Nak ambil gambar pun takut.. Sebelum MakTeh balik 10 malam, dia suapkan juga aiskerim vanilla, tapi tak larat nak telan.
Aiskerim ber-tupperware tu, dah dibawa kelmarin dan disimpan dalam freezer di wad. Nurse dah lama pesan, lepas operate, kena banyak makan aiskerim supaya yang bengkak jadi kecut, cepat baik. Kenapa aiskerim vanila pula, sebabnya jika jenis coklat akan menggelapkan darah selepas itu. Bila mereka masukkan air ke badan, mereka nak pastikan darah kita tetap stabil.
Dan malam itu PakTeh sungguh2 rasa sakit, dan juga cukup lapar.
3 comments
salam: alhamdulillah, dah sihat sepenuhnya kot? dah boleh berintenet semula kan..
Alhamdulillah dah lepas operate. Ringan-ringankan sikit gerak badan dan kepala.
Dan jangan ganggu saluran pernafasan dengan 'item-item asing' selain dari udara semulajadi. InsyaAllah pulih dan cergas seperti sediakala.
Salam Kami dari Putrajaya.
:: salam... alhamdulillah....
:: tak berapa paham tentang "item2 asing" sebagaimana pesanan orang putrajaya tuuu...
Post a Comment