Khamis: 17 Julai, 2008
Sepanjang cuti persekolahan penggal kedua (24.5.2008 - 7.6.2008) lalu, Pak Teh sekeluarga dan MakLong ke Tanah Suci menunaikan umrah. Kami naik penerbangan Etihad Airways, syarikat penerbangan Emirate Arab Bersatu (Abu Dhabi). Pergi dengan Darul Mubarak Travel & Tours, Bota Kanan - bossnya Ustaz Muhd. Ismi. Pernah pergi dengannya sebelum ini 2 kali, bagus layanannya. Kemudahan bas disediakan dari Bota. Mulanya nak pergi dengan Saudi Airlines (terus ke Madinah) tapi batal sebab kena ambil cuti rehat 3 hari sebelum cuti sekolah, dan ganggu Zaim yang sedang hadapi peperiksaan ketika itu. Kalau naik selain Saudi Airlines atau MAS, bermakna kita kena transit le dulu di negara syarikat berkenaan.
Bertolak dari Pantai pada pagi Sabtu (24.5) - dua kereta. Kereta kami, sekeluarga dan kereta Azilah - PakLong, Aman, Jie sekeluarga. Tiba di rumah PakLang 2pm, untuk berehat sekejab. Akim dan isterinya, dah lama tiba dari Johor. Kami kena tiba ke KLIA 5pm, kerana flight 9.00pm. Biasanya syarikat pakej pelancongan, memang minta pelanggannya tiba selewatnya 3 jam awal. Untuk urusan taklimat ringkas, penyerahan paspot dan bagasi sebelum ke balai berlepas.
Di rumah PakLang, hidangan nasi tomyam seri putrajaya cukup menyelerakan. Boleh tumpang mandi, solat dan berehat. Terimakasih MakLang & PakLang.
Pusing2 rumah PakLang, ada banyak pokok2 sayur dan buah ditanam. Tangan PakLang ni memang green hands. Apa ditanam, selalunya hidup dan subur. Yang menariknya, rumputnya lebih kehijauan berbanding rumput jiran2 yang kekuningan. Juga teknik penanaman PakLang juga unorthodox, dia guna sungkup rumput kering dan sabut kelapa sebagai pelembap tanah dan fertiliser. Dia ada banyak buku rujukan berkaitan bercucuk tanam.
Tanya PakLang:

- macamana rumputnya lebih hijau dan tanahnya lebih hitam, berbanding jiran?
- mana dia dapat rumput kering dan sabut kelapa di Putrajaya?
- dia siram air halaman belakangnya dengan paip getah waktu malam.
- sabut kelapa, diimpot dari Sitiawan/Pantai. rumput kering, dengan menggunting rumput2 panjang dari halaman belakang. Hobi menggunting rumput adalah waktu petang atau malam. Kekadang sorang, kekadang berdua.
5 comments
:: tu belum paklang tunjuk kehandalannya membela/menternak ayam itik... macam pakndak jugak la... menjadi sungguh...
agak2nya kalau ada 10 ekar, macam2 PakLang boleh buat. tapi kena duduk di situ sekalilah.. kita dengar apa MakLang nak komen, hehe.
seronok dengar orang cerita pasal potensi kambing Boer.
salam, pak lang sudah mula memujuk mak lang ajak duduk di tanah bumi hijau tu...sori!!!!!!!!!!!!!!jawab mak lang tapi tak tau le kalau betuko fikiran pulak....rasenye tak larat nak basuh najis ayam, itik keliling rumah...macam kat manjoi dulu..hehehe..kita ni pelan berumo...takut teterap bile mengejo itik, ayam ...tu belum kambin lagi....hehehe
My hands are always dark, never green!
Kalau Kak Dah tak mau menetap di Bumi Hijau,
Tanjung Ara,
Tepi Sungai Pengkalan Bharu,
tak pa la, esuk buat dangau kecik boleh rehat-rehat sambil mengail Puyu dan Ruan.
Assalamualaikum
Untuk pengetahuan semua, Darul Mubarak Travel & Tours sudah ada website: http://www.darulmubaraktravel.com
Kalau boleh nak minta tolong tulis sedikit testimonial tentang pengalaman bersama darul mubarak. Tulis kepada admin@darulmubaraktravel.com. Sudi2lah ke website, dan tolong war2 kan. Tulis juga ke dalam buku pelawat.
terima kasih
Post a Comment