| 4 comments ]

Sabtu: 19 Julai, 2008
Tiba di Abu Dhabi dari KLIA selepas 6 jam. Sepatutnya transit hanya sejam, sebelum menyambung flight ke Jeddah. Berlaku satu perkara yang semua orang tak suka. flight delayed! wah, 12 jam. Masalah kedua timbul, tiada hotel disediakan. Biasanya stranded passenger akan disediakan hotel oleh pihak airport jika lebih 4 jam. hrmph.

Jadi, kami cuba menidurkan diri sahajalah, pusing2 kawasan sekeliling. Makanan (packed) disediakan di Oasis Cafe di situ. Tak ada nak buat. Solat, makan, tidur, pusing2 sahaja. Banyak2 la bersabar. Mujur ada kawasan internet, boleh kasi mesej pada PakTam/PakNgah dalam blog mereka. Yang teruknya, cuba buka blog sendiri tak boleh! lupa password.. hehe, tu la lama sangat tak buka blog.

Sebenarnya konsep airport Abu Dhabi mirip bentuk rumah Majin Bu dalam komik Son Goku, komik favourite Zaim dulu2. Ruang penting berbentuk bulat, yang disambungkan dengan laluan. Konsep atom. Hiasan dalamannya mosaic hijau dan biru termasuk bumbungnya sekali. Simple. Kawasan shopping adalah dalam bulatan, 2 tingkat. Susah nak sesat.

Related Posts by Categories



4 comments

arsaili said... @ 8:17 PM

salam..seronoknya bole tunai umrah...

Pak Ngah: said... @ 7:14 AM

:: salam... dah masuk wad pagi ni?

:: usaha... doa... tawakkal...

Aina@Azila said... @ 5:22 PM

Salam,

Alahaiii rindunya saya kat airport Abu Dhabi. Dulu boleh dikatakan setiap 2 bulan akan ke sana sebab 'visa run' dari Qatar. Memang laa airport tu pusing pusing saja, macam tawaf...

Apa apa pun, tahniah kerana berpeluang menunaikan umrah. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Amin.

aQQim said... @ 3:16 PM

tengok airport jer dah teringin nak pergi ke sana..

Post a Comment