| 7 comments ]

Syarat Kelayakan Kemasukan MRSM (Tingkatan 4):

  1. Pelajar Bumiputera Tingkatan Tiga di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan Pelajar Bukan Bumiputera Tingkatan Tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  2. Mendapat sekurang-kurang 6A 2B (A dalam Sains dan Matematik) dan tiada gred C, D atau E dalam subjek teras dalam PMR.
  3. Markah yang tinggi dalam UKKM.
  4. Pelajar perlu mengisi borang permohonan dan menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM (UKKM) sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM.
  5. Pelajar yang menuntut di sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan (SBP, SBPI) dan SMKA di bawah (JAPIM) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon.

Cara Membuat Permohonan:
  1. Pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya C dalam subjek Matematik dan Sains dalam Peperiksaan Semester 1 (Pertengahan Tahun) - Tingkatan 3, hendaklah datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan semasa penjualan borang.
  2. Pemohon hendaklah membawa salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan semester 1 Tingkatan 3 yang telah disahkan semasa membeli borang. Sebaiknya bawa bersama dokumen asal untuk rujukan berikutan borang yang terhad.
  3. Bayaran adalah sebanyak RM 10.00 (RM: Sepuluh Ringgit) tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat [MARA].
  4. Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan melalui pos, sila sertakan wang pos/kiriman wang, salinan kad pengenalan, surat beranak, keputusan Peperiksaan Semester Satu Tingkatan Tiga, yang telah disahkan benar serta sampul surat tebal berukuran 25 cm x 36 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 (Ringgit : satu saja) kepada Pejabat MARA Negeri/Daerah yang terdekat.
  5. Pelajar yang memohon akan dimaklumkan oleh PMN/PMD mengenai tarikh, masa dan tempat ujian. 
  6. Kertas peperiksaan UKKM seperti berikut:-
    1. Matematik ( 50 soalan) : 60 Minit
    2. Sains ( 50 soalan) : 60 Minit
    3. Keperibadian (100 soalan) : 30 Minit
  • Ujian ini dijadualkan pada hari Sabtu selepas peperiksaan PMR
  • Sekira tiada jawapan sehingga 30 April pada sesi tahun dipohon, permohonan dianggap tidak berjaya.

  • Rujukan tambahan, sila ke laman web rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA)

    Related Posts by Categories



    7 comments

    NothingSpecial said... @ 11:16 AM

    thanks for the info! menjadi motivasi saya utk berjaya tahun dpn! sekarang sy form 3..

    PakTeh said... @ 6:51 PM

    @ NothingSpecial. Bagus jika belajar sungguh2 dari awal. Moga keputusan PMR 2009 kelak cemerlang, insya allah.

    muhammad said... @ 1:20 AM

    saya nk tanye...
    kawan saye die dpt 6A1B1c9(c=BI)
    layak ke die memohon...

    Unknown said... @ 6:04 PM

    Assalamualaikum ,Pak Teh.

    Saya dah ambil no. pin di Pejabat Mara, tetapi tersilap bagi nama. ejaan nya tak betul sikit. Nak buat macam mana ni, takut terjejas pulak permohonan tu nanti. Macam mana nak betul kan, ke tak boleh betul kan? risau ni, Pak Teh, takut terlepas pulak nak masuk MRSM. . .

    - Hajar, Batu Gajah

    azieni said... @ 12:05 AM

    layak kah pelajar dari smka tok jiring untuk memohon ke mrsm?

    Unknown said... @ 8:49 PM

    kalau permohonana secara online camne plak..??

    little mushroom said... @ 3:01 AM

    assalamualaikum.pak teh.
    saya pelajar tgkatan 3 tahun 2011,..sya nak memohon masuk ke mrsm pada thun 2012.
    mrsm tgk tak kaputusan percubaan pmr..
    percubaan ni saya dpt 8A 1B.(b=bahasa arab)
    saya daripada sekolah sma .boleh kah saya memohon masuk ke mrsm?

    adilah,telok mas

    Post a Comment