| 2 comments ]

Malaysian stocks tumbled the most in a decade today with government-linked companies hardest hit after the weekend’s political upsets.

Awal tahun tempohari (01.01.2008), PakTeh ada menulis satu entri berkaitan ramalan ekonomi : Economic Circle: 7 Years or 10 Years? Walau PakTeh bukan lulusan ekonomi atau pakar tentangnya, tetapi PakTeh suka kaji tafsiran Surah Yusuf (43-49). Kitaran ekonomi kelihatan berlaku 10 tahun sekali, buat masa ini, di negara ini. Kitaran jatuhnya adalah pada hujung setiap dekad, sekaligus dengan beberapa isu politik dan sosial. Nampaknya apa yang dibimbangi dah nak berlaku lagi. Berikut petikan satu perenggan penting dalam entri itu :
Hujung 50an .. kesukaran Tanah Melayu membangunkan negara yang baru merdeka, diganggu oleh Bintang Tiga dan sebagainya. Hujung 60-an, menyaksikan pergaduhan antara kaum yang merbahaya, Peristiwa 13 Mei, 1969. Huru hara negara sebelum dan selepasnya. Hujung 70an.. inflasi yang amat tinggi. Hujung 80-an, isu yang sama di mana pengangguran amat tinggi. Hujung 90-an, kemelesetan ekonomi dan kejatuhan mata wang.
Hari ini pula, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) jatuh teruk dalam sejarah satu dekad, ditutup rendah pada 1173 mata, turun 123.11 mata (jatuh 9.50%). Penjualan besar-besaran didahului oleh saham2 mewah (bluechips) terutamanya government linked companies. Semasa pasaran ditutup, kaunter rugi sebanyak 920, kaunter untung hanya 37 manakala 67 kaunter lagi tidak berubah.

Paling hebat, pada pukul 2.58 petang, dagangan digantung satu jam (cooling off period) apabila Indeks Komposit (KLCI) jatuh 130.01 mata kepada 1,166.32 berbanding aras penutup hari sebelumnya iaitu 1,296.33 mata - iaitu kejatuhan 10.03%. Dagangan dibuka semula pada 3:58pm, dan pasaran saham sedikit pulih. Namun begitu, apabila ditutup pada pukul 5.00pm; aras Indeks Komposit ditutup pada 1,117.2 - tetap jatuh besar sebanyak 9.5% iaitu 123.11 mata; dengan 11.8 juta lot dagangan bertukar tangan.

Peratus kerugian terbesar dalam satu hari ini dicatat dengan turnover dianggarkan RM2.47 billion. Bank-bank milik kerajaan persekutuan seperti Bumiputera-Commerce Holdings dan syarikat2 yang bersangkutan kerajaan seperti Malaysian Resources Corp, UEM World Bhd dan Sime Darby adalah antara kaunter2 yang menunjukkan kejatuhan harga.

Harga ringgit juga jatuh 1.2%, kepada RM3.198 berbanding dolar - kejatuhan terbesar sejak Jun tahun lalu.

Saham kaunter pembinaan paling teruk terjejas. Malaysian Resources Corp, syarikat yang menangani projek pembinaan Penang Sentral, jatuh 66 sen, atau 34%, kepada RM1.27. Sime Darby jatuh RM1.6 (15%), untuk ditutup pada RM9.40 dan Bumiputra-Commerce Holdings pula rugi RM1.4 (13%), kepada RM8.80. Banyak saham yang jatuh teruk, seperti KPS yang jatuh 50.8% berbanding hari sebelumnya ( harga buka: RM2.88, harga tutup RM1.68). Walau esok nampak bagus untuk 'membeli', hati-hati le, mungkin harga 'tertomoih' lagi.

Agaknya pelabur bimbang dengan ketidakstabilan politik dan syarikat2 yang bersangkutan kerajaan boleh terjejas dengan perubahan polisi ekoran prestasi Barisan Nasional yang 'tak berapa cantik' dalam pilihanraya baru-baru ini. Rasa2 ramai yang jadi mangsa, beli saham banyak2 sebelum pilihanraya - dan bila BN menang kelak & saham naik melambung - boleh jual. Tapi kali ni PRU 12 tak macam tu. PakTeh rasa: yang tentu kantoi - geng2 kroni kerajaan - yang jangka BN menang besar 'macam biasa'. Kesian.

Akhir kata, PakTeh paste perenggan akhir entri awal tahun hari tu:
Sekarang sudah 2008. Kita tidak tahu apa yang Tuhan tetapkan ke atas kita di hujung dasawarsa ini. Tanggungjawab kita, kena bersedia apa juga yang berlaku. Pengajaran kisah Nabi Yusuf: "Berjimat cermat adalah amalan yang mulia dan penuh keberkatan".
Semoga Kerajaan 'Baru' akan kaji kitaran ekonomi. Bukan menjahanam ekonomi.

Related Posts by Categories



2 comments

Pak Ngah: said... @ 5:45 AM

:: salam... diharap kejatuhan ini hanya bersifat sementara sahaja...

PakTeh said... @ 7:47 AM

salam PakNgah : harap2 begitulah. kena tunggu pengumuman kabinet dulu & kestabilan pentadbiran negeri2 yang dikuasai BA. mungkin sebulan dua, atau lebih panjang.

Post a Comment