| 0 comments ]

Legend: Market Cycle | Economic Cycle

Kisah Al-Quran memberi banyak pengajaran untuk semua manusia. Ia bukan sahaja dalam ilmu ketuhanan, ibadah, tasauf atau sosial semata, malah juga berkaitan ekonomi. Satu aspek ekonomi yang menarik perhatian PakTeh ialah kisah Nabi Yusuf mentafsir mimpi Raja Mesir. Kita rujuk maksud Surah Yusuf: 43-49.

Raja berkata (kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya): "Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh batang gandum yang hijau dan tujuh batang gandum lainnya yang kering." Hai orang-orang yang terkemuka: "Terangkanlah kepadaku tentang ta'bir mimpiku itu jika kamu dapat mena'birkan mimpi." (Yusuf: 43)

Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di batangnya (disimpan) kecuali sedikit untuk kamu makan. (Yusuf: 47).

Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. (Yusuf: 48).

Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa itu mereka memeras anggur." (Yusuf: 49)

Berdasarkan kisah itu, terdapat unjuran kitaran antara makmur dan meleset setiap 7 tahun. Pada zaman itu, beribu2 tahun lalu. Tentunya Allah mengajar kita beberapa perkara dari kisah itu. Bagaimana dengan sekarang? Bagaimana dengan pola kitarannya kini?

Original Source: Matt Blackman, the EquiTrend Weekly Market Watch

Ada pengkaji mengatakan, kitaran ekonomi merudum adalah pada tahun 1998-2005 iaitu di mana krisis ekonomi melanda dunia. Kini selama 7 tahun akan datang ekonomi diramal akan meningkat..iaitu dari 2006-2012 dan seterusnya akan jatuh selama 7 tahun dan bangkit balik 7 tahun seterusnya. Malah tahun 2020 adalah terletak pada kitaran ekonomi meningkat.. Itu adalah teorinya.. Segalanya dalam qadha' dan qadar Allah jua.

Bagi PakTeh, kisah mimpi itu suatu mithalan untuk diambil pengajaran. Kisah itu di negara Mesir, yang berlaku pada zaman itu. Kita kena kaji pula di negara sendiri, pada zaman ini. PakTeh ringkaskan dalam satu perenggan.

Hujung 50an .. kesukaran Tanah Melayu membangunkan negara yang baru merdeka, diganggu oleh Bintang Tiga dan sebagainya. Hujung 60-an, menyaksikan pergaduhan antara kaum yang merbahaya, Peristiwa 13 Mei, 1969. Huru hara negara sebelum dan selepasnya. Hujung 70an.. inflasi yang amat tinggi. Hujung 80-an, isu yang sama di mana pengangguran amat tinggi. Hujung 90-an, kemelesetan ekonomi dan kejatuhan mata wang.

Sekarang sudah 2008. Kita tidak tahu apa yang Tuhan tetapkan ke atas kita di hujung dasawarsa ini. Tanggungjawab kita, kena bersedia apa juga yang berlaku. Pengajaran kisah Nabi Yusuf: "Berjimat cermat adalah amalan yang mulia dan penuh keberkatan".

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment