SQUIDWORTH adalah salah satu watak dalam cerita kartun popular di kalangan kanak-kanak - SpongeBob SquarePants. Cerita itu bagi PakTeh, tak berjenis.. macam kartun Doraemon juga. Kisah moralnya teruk: sebahagiannya mengajar menipu, mengenakan orang, buli dan tidak hormat orang tua. Alam cerita adalah dasar laut, tetapi jangan terkejut di situ ada kedai burger pula..
'I hate all of you' ialah slogan watak Squidworth. Dia seorang tua, individualistik dan tak suka orang sekelilingnya. Paling dia tak suka tentulah SpongeBob sendiri, yang suka mengacaunya setiap episod.
Tetapi apa rasa jika memang ada watak semi-Squidworth di Malaysia. Jom tengok foto berikut.
Kebetulan terjumpa foto di atas di www.engrish.com - sebuah laman web tentang kesalahan pemakaian Bahasa Inggeris. Masalah dengan foto itu kerana ia "No 1 - Top 100 Most Popular Engrish" di laman itu dengan lebih 2,300 undian, sampai PakTeh rasa malu. Siapalah makhluk di Malaysia yang upload foto tu di situ.. hrmph.
Foto tersebut mencerminkan sekurang-kurangnya 3 perkara: 1. Bahasa Inggeris digunakan amat BroKeN. 2. Jika diterjemahkan pada Bahasa Melayu, juga buruk maksudnya tentunya. 3. Menunjukkan krisis kejiranan di dalam masyarakat Malaysia.
Jika dilihat dari perspektif tatabahasa Bahasa Inggeris, jelas plet itu ditempah oleh orang yang 'spiking small-small oni'. Kemudian kedai advertising company tu pula, 2 x 5 - tiada editor khas yang boleh beri cadangan ejaan atau gaya bahasa yang betul dan lebih berhemah. Lepas tu , tuan rumah tayang pula depan rumah, tunjuk pada semua orang - ini warning hebat oleh tuan rumah yang hebat - dalam english. Agaknya sebab itu PPSMI tak diminati orang, sebab ramai orang suka spiking BroKeN-BroKeN oni. Peliknya semua maklum Bahasa Inggeris penting untuk kerjaya pada masa depan kelak.
Dari perspektif sosial, ini lebih memalukan. Ia mencerminkan amalan kejiranan yang lemah, sikap individualistik dan tidak mengambil berat hal masyarakat sekeliling. "Orang punya hal, aku tak mau campur!".
Inilah yang menyedihkan di zaman ramai orang tinggal berdekatan, malah yang berkongsi dinding tetapi dipisah oleh pagar. Pagar itulah yang membatas sempadan tanah tapak rumah serta komunikasi antara kejiranan. Ada ke orang yang tinggal dalam kawasan berpagar tetapi sentiasa membuka pintu pagarnya? Tak de kan? Kini semakin ramai tidak mempercayai orang sekeliling, takut pecah rumah, culik dan sebagainya. Program Rukun Tetangga pun makin malap seiring dengan kelecehan dokumentasi, para majikan yang materialistik dan lebih pentingkan produktiviti pekerjanya. Tak mau kompromi langsung dengan keselamatan setempat, tiada 'social obligation'. $$ Keuntungan $$ lebih diutamakan dari kesejahteraan rakyat. Paling teruk dari segi isu kepercayaan & kejujuran di zaman sekarang.., usah kata polis - pemimpin-pemimpin pun ramai orang dah tak percaya.. entahlah.
PakTeh taklah kata kejiranan kawasan foto itu sebegitu, mungkin ramai wakil penjual atau mat lepak suka merayau keliling rumah dia. Atau mat rempit suka race depan rumah dia.. Tak tau la. Jadi dia nak la privacy sikit. Kot la.. hehe.
Cuma teringat zaman kini dah berubah. Tidak lagi seperti dahulu. Dulu.. "Anak aku, anak hang. Anak hang, anak aku" (loghat utara). Sebab itu dulu-dulu kanak-kanak cukup takut dengan semua orang (terutamanya yang dewasa) sebab laporan kenakalannya akan cepat sampai pada ibubapa. Tentunya, 'buah tangan' akan dapat secukup rasa dari ibubapa. Jika guru beri hukuman disiplin di sekolah, tak beraninya nak dimaklum pada ibubapa - sebab tentu dapat habuan @ bonus tambahan.
Ibubapa dahulu amat mempercayai dan menghargai komen orang-orang sekitarnya. Mereka tahu, setiap teguran dan maklumat adalah ikhlas. Segalanya untuk kebaikan anak mereka dan juga mereka. Orang ramai mana ada tanya "siapa budak tu?" TETAPI "anak siapa tu?". Maruah keluarga amat penting, dan ianya dijaga secara penuh berhemah di kalangan penduduk setempat. Susah senang dikongsi bersama. Kematian berlaku - satu kampung tak pergi kerja, sebagai simbol persaudaraan yang kental. Kenduri kahwin, apa lagi - urusan gotong-royong / rewang / kendaranya bermula lebih seminggu awal hingga tamat kenduri. Hari-hari semua akan menolong tuan rumah. Itulah orang mukmin.. tidaklah dia beriman sehingga dia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri.
Kini, slogan keramat itu dah semakin hilang. Sekarang "Anak aku, anak aku. Anak hang, anak hang. Aku jaga anak aku, hang jaga anak hang. Jaga anak sendiri, jangan sebok hai oghang." Sebab itu, jika anak-anak di kejiranan buat apa-apa tak betul; ramai orang diamkan sahaja. Kutuk belakang2 je, sebab tak berani nak lapor terus terang pada ibubapa yang berkenaan. Anak-anak juga makin 'mua' & manja. Usahkan hal cikgu hukum kat sekolah, kerengga 'ketit' sikit pun melolong2, mengadu kat mak ayah. Paling teruk, ada sebahagian ibubapa sekarang lebih percaya pada anaknya sendiri dari jiran, saudara malah guru-guru anak-anaknya. Ini yang merosakkan budaya dan asas beragama kita.
Kadang-kadang terasa sungguh nak kembali ke zaman dahulu. Tapi nanti orang kata kolot pulak kan? Ya.. zaman sentiasa berubah, dan akan terus berubah. Kita akan terus hidup mengikut arus aliran zaman. Cuma, kita perlu sama-sama jaga didikan, penghayatan dan amalan nilai murni dan ajaran agama - walau apa pun terjadi pada masa akan datang. Tak dapat untuk seluruh masyarakat, terhadap ahli keluarga sendiri pun sudah amat baik. Sama-samalah kita pelihara diri kita dan keluarga kita dari api neraka. Insya Allah.
Maaflah, sebab PakTeh pun spiking BrOkEn jugak..

2 comments
xtahu lah pakteh mmg macamn 2pon kat tv sekjarang cerita ntah apa apa budaya barat yg lebih lebih buruk aje ..cerita yg ada unsur ganas,seks dan macam lg yang xelok untuk d tengok..nampaknya..memang MALAYSIA BOLEHLAH pak teh..kena dibendung skrg maslah sosial dikalangan org melayu semakin bertambah..pening pening...apa yg dibuat oleh pemerintah nie
Assalamualaikum.
Ada cerita sedih di sebalik papan tanda ni. Untie yang tinggal kat rumah ni dah kurang siuman. Anaknya yang sangat bijak, dapat semua A dalam semua matapelajaran, mati dalam nahas bas. Bas langgar pembahagi jalan, dan anaknya meluncur keluar dan kepala pecah terkena cermin depan bas...
Post a Comment