Pengarah Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Harun, mengumumkan bahawa lebih 250,000 permohonan telah diterima secara online daripada lepasan PMR sehingga semalam. Bilangan ini dijangka meningkat sehingga esok (15/01/09) yang merupakan tarikh tutup permohonan, setelah dibuka sejak 18 Oktober lalu.
Apa yang menariknya, hanya 32,370 tempat sahaja disediakan di 90 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh negara. Jika dianalisa, nampaknya kira-kira 13% pemohon sahaja yang bakal menerima tawaran, dan 87% lagi tetap meneruskan pembelajaran di sekolah asal.
Untuk makluman: Tarikh semakan secara talian akan dibuka mulai hari Selasa, 10 Februari, manakala tarikh pendaftaran kemasukan pelajar baru secara serentak di semua SMT pada hari Isnin, 23 Februari, 2009.
Daripada keseluruhan 32,370 tempat di SMT, peruntukan 12,210 tempat untuk aliran teknik, vokasional (15,500) dan kemahiran (4,660).
Ya, data yang diumumkan di atas tentunya belum ditapis, mungkin ada yang tidak cukup syarat minimum permohonan dan mungkin bilangannya kecil. Cuma PakTeh rasa, sebahagian pemohon belum betul-betul nampak apa sebenarnya bentuk pendidikan yang dipohon oleh mereka, apa potensi pendidikan seterusnya serta arah kerjaya masa depan. Pilihan ke SMT bermakna kita telah mengarahkan fokus masa depan ke satu arah tertentu dan menafikan bakat dan peluang kita yang mungkin lebih cerah jika kekal di sekolah harian biasa.
Sekolah harian biasa memberikan peluang lebih luas meliputi aliran sains, kemanusiaan, mata pelajaran vokasional (MPV) dan ada yang beraliran agama. Di sekolah harian biasa juga, anda boleh mendaftar maksimum 25 subjek untuk SPM (jika memang power!) berbanding had-had bilangan tertentu di SMT apatah lagi SBP/MRSM. Sekolah harian biasa juga sentiasa cuba menawarkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan sebaiknya untuk anda semua.
Di sekolah sekarang, anda tetap boleh belajar seperti biasa, makan masakan ibu setiap hari (tentu sedap, kan?) dan ada waktu senggang untuk beriadah bersama rakan setiap hari. Cuma, perlukan sedikit disiplin diri yang sepatut telah wujud bagi pelajar yang matang dalam usia 16 tahun. Anda sepatutnya tahu mengurus masa anda sendiri. Sebab itu, tanpa disiplin dan kemahuan kental, terdapat sebilangan pelajar SMT memohon berpindah semula ke sekolah harian biasa. Dan ianya bukan mudah! perlukan kelulusan dari Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ingat, apabila tempat ditawarkan pada anda, bermakna tempat telah disediakan untuk menikmati pendidikan selama 2 tahun di SMT berkenaan (termasuk kemudahan asrama. ia juga bermaksud akan ada orang lain yang betul-betul berminat nak masuk tetapi gagal disebabkan anda yang berjaya mendapat tempat. Jika anda belajar dan kemudian tidak berasa sesuai dengan pendidikan teknikal/vokasional - fikirkan betapa kasihanya pada calon kemasukan ambilan kedua (jika ada) kerana tertinggal pelajaran di awal sesi.
Jadi, jika anda masih kabur dengan cita-cita sendiri, keliru mengapa memohon ke SMT, memohon kerana terikut rakan-rakan, memohon kerana suka-suka; baik timbang semula. Jumpa guru bimbingan & kaunseling sekolah, bincang dengan ibu bapa, fikir dalam-dalam - dan buat keputusan. Masa depan kita di tangan Tuhan, tetapi akal diberi untuk kita memilih jalan.
Selamat berjaya.

8 comments
saya ari nie dpt smt kat kamunting,taiping..
masalahnye bagus ke tmpt tue?
@ifa: semua sekolah adalah bagus. semuanya wadah membangun potensi para pelajar, menjana jati diri demi membina masa depan mereka juga negara. tahniah dan bersyukurlah kerana berjaya mendapat tempat, sedangkan ramai lagi yg gagal mendapat tawaran. belajar baik2, semoga berjaya.
sperti sy,sy punya prmohonan tidak berjaya.
sy juga sudah buat rayuan ttpi masih tidak berjaya.
sy bercadang untuk tukar sklh dr sklh harian sy sperti tahun-tahun lepas.skrg-krngnya sy keluar dr kelompok sklh lama.tak dpt smt,dapat sklh lain pun sy sudah bersyukur.
tapi tu dulu.sekarang saya telah dtawarkan masuk SMT SERI ISKANDAR.
habis PMR boleh x minta borang SMT kat sekolh??
mmg boleh,dengan syarat awk mengikut kriteria yg ad dlm blog ini.borang hanya d smt,bkn d sklh harian awk.call sy jika mghdpi masalh.
012-5729384
macam mane nk masuk smt nie?????cm ne nk daftar name ye??????keputusan PMR cm ne???????
Tuan,
Saya rasa inilah masanya semua sekolah diseluruh malaysia menawarkan matapelajaran vokasional (MPV). Perkara ini disebabkan minat dan kecenderungan pelajaran kini lebih ke bidang teknikal. Hal ini perlu disedari kementerian pelajaran kerana memang bidang teknikal, kejuruteraan dan kemahiran amat diperlukan masakini di malaysia. Permohonan ke Sekolah teknik menunjukkan permintaan ketara kehendak pelajar kini lebih cenderung kebidang teknikal, kejuruteraan dan teknologi gunaan.
Belia dan muda mudi di malaysia pun kini lebih meminati kaedah pembelajaran vokasional berbanding teori yang agak membosankan. Seterusnya selaku sebuah kementerian pelajaran, tugasnya adalah menuruti kehendak pelajar dan keperluan semasa. Perkara ini perlu mendapat tindakan segera kerana kelewatan kerajaan akan melewatkan perkembangan industri negara dan melahirkan pelajar yang tidak serius dalam akademik.
Ini amat penting kerana memaksa pelajar belajar sesuatu yang tidak diminai akan melahirkan pelajar tidak berkualiti, malas, bermasalah disiplin, tidak bervisi, dan lemah dalam pelajaran. Sebenarnya hal ini semamangnya boleh diatasi segera melalui pengenalan pendidikan teknikal dan vokasional disekolah biasa. SMT tidak mampu memenuhi kehendak pelajar kini yang lebih berkecendurungan ke arah pendidikan teknologi. Sebaiknya, kementerian mempertimbangkan kepentingan ini.
MPV di Sekolah harian adalah langkah terbaik mengatasi masalah ini, ini disebabkan kurikulumnya adalah mirip sekolah teknikal dan mementingkan kehendak pelajar. Pelajar yang ingin belajar, bukan guru memaksa pelajar belajar. Bengkek Kemahiran Hidup dan segala kemudahan teknik dan vokasional di SMK sebenarnya sudah mencukupi untuk melaksanakan pendidikan vokasional ini. Hanya tertinggal adalah komitmen sekolah dan guru, yang sentiasa memberi 1001 alasan sudah itu dan susah ini. Akhirnya pelajar dan negara yang rugi.Kementerian pelajaran sendiri perlu melihat kepentingan ini dan segera bertindak.
Apabila pelajar minat belajar biarlah dia belajar apa yang dia minat. bukankah selaku warga pendidikan tugasnya mendorong/ membantu/ menunjukcara pelajar supaya belajar. Bukannya memaksa apa yang tidak mereka suka belajar. Tiada sistem paksaan dalam sistem pelajaran malaysia betulkan begitu?
Post a Comment