| 2 comments ]


Pagi tadi PakTeh round rumah. Jenguk2 tumbuh-tumbuhan sekitar rumah. Seronok lihat warna-warna hijau di sekeliling. Walau ruang bertani tak besar, tapi tanam juga beberapa pokok. Dulu, ada tanam 2 pokok pelam, 1 pokok rambutan, 3 pokok pisang. Ada juga tanam serai, lengkuas & kunyit. Juga tanam tebu hitam & tebu kuning. Setelah beberapa tahun, beberapa kejadian telah berlaku.

Pertamanya, spesis Pelam Epal, benih dari rumah Tok. Masa tu Tok ada lagi. Mula-mula tumbuh, macam 2-3 kali nak mati. Tapi akhirnya sekarang ni ok, sihat dan berbuah di depan rumah.

Keduanya, pokok pelam jenis baik (Pelam Maharaja) benihnya dulu harga RM25.00 dibeli di Pekan Rabu Pantai, telahpun ditebang. Ditanam lebih 5 tahun di penjuru belakang rumah, tetapi tak berbuah2. Rimbun yang lebih. Pokok tu pernah dinasihat, ditegur malah diberi amaran; ini ikut nasihat orang2 tua2. Last sekali ditebang dengan golok kontot, dahan ditetak, semuanya dibakar dalam sehari. Tinggal tunggul yang kecil dimakan api. Kalau ikut gambar sebelah kanan, tunggul tu hanya 1/5 dari saiz asalnya, memang besar. Agaknya ada salah tang mana2, dalam 2 minggu pokok tu takde, rumah staf kena balin botoi dek samseng Cina. Rumah PakTeh pun kena, tapi botoi pecah kat tepi longkang je. Kesian kat jiran2 lain, pecah tingkap. Tapi la ni kes tu habis dah selepas beberapa samseng tu kena tangkap.

Dulu, PakTeh ada tanam Rambutan Deli, tapi mati sejak kecil, kena ulat & kumbang. Tak sampai 6 bulan hayat dia. Tapak asal dia la ni, penuh dengan keladi hutan.

Tebu hitam, benih dari Seremban semasa PakLang bertugas di sana. Rimbun dan manis. Tetapi selepas beberapa keturunan (lebih 7 tahun), tebu hitam semakin tak sihat. Agak kurus, banyak penyakit. Bagaimanapun, tebu hitam lebih kuat daya tahannya berbanding tebu kuning. Tebu kuning dah dilupuskan kerana batangnya makin kecil, dan tumbesarannya juga naik melingkar-lingkar, bukan menegak ke atas. Susah nak urus. So tebang dan ratah.


Pokok pisang pulak, benih dari rumah Tok, jenis "Pisang Awak". PakNdak bagi. Tempat ditanam di depan rumah, tepi sewage pump house. Konon nak lindung2 sikit permandangan tu. Sampai hari ni, masih hidup berketurunan. Goreng memang sedap. Buat kerepek pun ok juga. Pisang awak ni jenis tahan lasak, senang dijaga. Dia boleh hidup atas apa tanah pun. Pokok PakTeh ni udah meninggi sebab bersaing cahaya pagi dengan pokok pelam epal. Dulu PakTeh pernah tanam pisang relung, benih Lekir tapi mati. Jenis pisang relung ni memilih tanah, masam sikit tak mau hidup.

Pokok Jambu Madu, benih Pekan Rabu. Ditanam di sebelah rumah. Masih hidup dan berbuah. Merendang dan rendah. Semua pokok PakTeh tak bubuh racun apa2, biar ianya baik untuk semua makhluk. Ulat & kumbang dan segala serangga pun makhluk juga. Cuma, buah jambu ni kena ambil cepat sebelum besar dan berwarna merah. Sebenarnya jenis ni, warna pucat pun dah manis. Makan terus sedap, tapi kalau nak mencicah.. partner dengan pelam, ubi sengkuang, nenas... plus dengan sambal rojak.. aduuuh.

Cadangnya hari ni, nak pindah benih pisang awak depan rumah pindah ke belakang. Sebab anak2 pokoknya dah nak tutup pintu masuk rumah pam tu. Lagi satu, nak ganti kawasan bekas pokok pelam yang tinggal tunggul tu. Cadang nak pindah tanam 3 anak pokok. Semoga proses pengalihan berjalan lancar hendaknya.

Dalam bercucuk tanam ni, banyak juga yang kita boleh pelajari dari tiap-tiap ciptaan Tuhan. Kita suka tengok dia dari dia ditanam atau disemai, hingga dia membesar dan meninggi. Sesuatu yang menarik dengan pokok2 di kebun kecik PakTeh, syukur Tuhan mengurniakan ada tukang-tukang jaganya. Depa jaga 24 jam, rajin, kerja berdisiplin & tegas. Segala maknika ulat, serangga malah manusia pun tak berani kacau pokok pelam & jambu madu PakTeh. Depa ni duk dalam sarang. Dan ada la 4-5 sarang besar2 pada satu pokok. Strict-nya dia, sampai tuan pokok pun jadi mangsa! Kalau kena ketit, boleh melompat woo kalau kena. Sesungguhnya memang Tuhan tak menjadikan "kerengga" ni sia-sia..

Related Posts by Categories



2 comments

Pak Ngah: said... @ 9:01 PM

:: telur kerengga baik untuk memancing... dan petua orang tua2 jika nak kebal... ketika memanjat pokok berkerengga... jgn pakai seluar tapi pakai kain pelikat... wow... bagi yang nak mencuba... dipersilakan...

:: rasa2 macam kenal... yg dok menyelit kat bawah pokok tuuu...

PakTeh said... @ 10:36 PM

tentang petua kebal tu betui. yang berhati waja je yang berani. dan yang menyelit tu Zaim. Dia tersenyum tu sekejap saja, awal posing. Dia jadi model, nak tunjukkan pokok tu rendah. Lepas tu, menjerit juga dia menepis2 kena ketit dengan pakjaga pokok. Haha.

Post a Comment