Tanaman pisang PakTeh tak banyak, 3 pokok saja. Tanam sebagai hobi, keluarkan peluh sekali-sekala dan ambil hasil bila sampai masa. Di depan rumah, nampaknya dah ada 2 pokok yang mula berbuah. Gambar atas kirii, mungkin lagi 2 bulan boleh dituai kot, manakala gambar atas kanan masih putik2 lagi. Pisang awak cukup lawa bila mula berbuah, tambah bila dah berjantung.
Pokok pisang awak hidup senang. Sesuai dengan macam2 jenis tanah. Di mana dia tumbuh, di situlah dia akan beranak-pinak. Induk pisang akan beranak di tepinya. Kadang-kadang ada 1 anak, kadang2 2 atau 3 di sebelahnya. Anak2 pisang bercantum dengan induknya pada bahagian pangkal, di dalam tanah. Kalau setakat sehasta dalam tanah, senang diambil, tapi kadang2 sampai 2 hasta dalamnya, susah la sikit.
Kalau nak ambil anaknya, eloknya pakai pencebak untuk pisahkan anak pisang tu dengan induknya di bahagian akar. Tapi PakTeh ada cangkul dan golok saja, bolehlah juga.. dah takdak rotan, akar pun berguna. Cuma masa nak pisah & keluarkan anak pisang dari induknya, kena hati-hati. Takut terentap anak tu, bimbang banyak akarnya yang putus. Kalau ada 1-2 akar yang elok, Insya Allah anak pisang tu boleh hidup dan membesar setelah dialih. Time-time macam la ni, memang musim menanam.. musim hujan.
Pak Teh alih ke belakang rumah, 3 sederet. Kelmarin dah tanam 2, yang hari ni bubuh di tengah deretan tu. Disusun selari tepi longkang, dari perdu pokok bunga kantan ke penjuru pagar. Moga2 di samping dapat makan buah, nanti2 boleh juga jadi "pagar" dari pandangan samseng2 lama, bila makin besar nanti. Kalau waktu malam, tentu 3 pokok ni cukup 'merimbun' dan gelap, Insya Allah dapat menghalang penglihatan depa secara lahiriah. Kubu kena buat juga..

6 comments
:: cuba tanam pisang mas pulak... lepas tu... ada la peluang nak berjumpa dgn puteri bunian... itu pun kalau ada nasib la...
pisang mas.. susah nak cari benih rasanya. tapi akan cuba diusahakan. pisang mas memang sedap! pisang 'pass periksa' orang panggil. ttg puteri bunian tu.. risau la pulak. tak dak pengalaman.. hehe.
:: ada sorang adik PakNgah... dia suka betoi dgn pisang awak ni... dia boleh hadap satu sikat pisang tu... habis... tapi itupun zaman dia kecik2 la... dah tua merega la ni... tak tau la pulak...
Salam,
rase tahu siapa orangnye...bukan saje pisang'awak'.pisang 'abu'(kematu istilah org kelantan)pun disukainye...baru2 ni buat cekodok pisang em....em...habis sepinggan...pantang nampak pisang...hehehe..Bang Chik
Kak Dah.
salam pak teh..pisang awak legoq penah dengar tak?hehe pisang kelat raja buat ketupat dakap sedap tuee..hehehe
salam, adzhaghi.. pisang awak legoq & ketupat dakap PakTeh tak pernah dengaq lagi.. isk isk.. betapa kurangnya pengalaman PakTeh menikmati aneka kueh2 Melayu berasaskan pisang ni.. tentu sedap noo kueh tu?
Post a Comment