| 6 comments ]

Petang tadi, PakTeh & MakTeh naik motor kapcai ke rumah Tok. Ingat nak tinjau perkembangan projek cendawan. Tiada sesiapa. Jadi sembang bawah rumah dengan TokNgah Minah, TokNgah Chan & MakNgahJan 3 beranak yang baru sampai dari Seri Manjung - sambil makan jagung rebus. Selepas tu, berhajat nak ke rumah PakNdakYan di Sg. Batu. Bertembung dengan kancil kelabunya di simpang tepi rumah Tok Chaq. Katanya MakNdak anakberanak di Bumi Hijau, rumah MakNjang. PakNdak kata buat masa ni, PakNjang sibuk sikit.. Timb. Ketua Cawangan Bumi Hijau.. ooo.. orang kuat Dato' Hamdi jugakla.. jadi musim sekarang ni banyak la program.

Kemudian PakNdak cerita TokChaq sakit, terjatuh. Ada di rumah anak sulungnya, MakLongMaznah, seberang jalan dengan rumah TokChaq, bersebelahan rumah anak ke-3nya: PakLang Bidi. Pergi la jenguk. Masa tu ada anak ke-2nya, MakNgahMunah & suaminya, PakNgahBakaq dari Tebuk Yan. Nampaknya TokChaq boleh duduk, tetapi tak boleh bercakap. Nampak macam kenal orang (walau tak berapa nampak), mengangguk bila ditanya.

Kata MakLongMaznah, TokChaq terjatuh petang semalam lepas Jumaat. Anaknya Yeh di bawah rumah terdengar bunyi pinggan jatuh di lantai simen. Bila masuk dilihatnya ibunya terbaring. Petang semalam juga dihantar ke Hospital Manjung dan ada buat X-Ray. Tapi hasil X-Ray tiada apa2 perkara buruk pada kepala atau tulang TokChaq. Yang jelas, TokChaq dah tak bercakap apa-apa selepas insiden petang semalam hingga kini.. Mujur boleh mengangguk2 jika ditanya untuk ke bilik air atau makan - kena dipapah, kata MakNgahMaznah.. Dan malam ni, MakNgahMunah nak teman sama di rumah kakaknya.

Tok Chaq Saodah ialah kakak ipar arwah Tok. Dialah satu-satunya adik-beradik sebelah Tok yang masih hidup. Abang & kakak serta ipar2 lain telahpun meninggal lama dahulu.

Umur TokChaq sekarang lebih 80 tahun. Anaknya yang sulung, MakLong Maznah dahpun 64 tahun menakala MakNgah Munah pula 61 tahun. TokChaq memang rajin bekerja sejak muda, sementelah suaminya (abang Tok) meninggal ketika anak2nya masih kecil. Pencariannya di kala itu ialah buat kueh tepung bungkus, dijual di merata kedai makan pada awal pagi. Anak-anaknya, PakTeh panggil Kak Maznah, KakMunah, Abg Bidi, Abg Jit, Abg Yeh dan KakYam. Anak bongsunya Kamaruddin (Kaman) dipelihara oleh TokNgah 'Ad Ketek (abang arwah Tok) sejak kecil tak lama selepas kematian suami TokChaq. Semua anak-anak dah berkeluarga, kecuali Abg Yeh yg masih tinggal dgn ibunya. TokChaq lambang seorang wanita tanpa suami yang cekal, sabar dan gigih membesarkan anak-anak di sepanjang usianya.

Gambar di atas adalah fotonya pada 2 tahun lepas, ziarah Raya Haji - hari kedua. Semoga TokChaq segera sembuh, amin.

Related Posts by Categories



6 comments

Pak Ngah: said... @ 6:13 AM

:: salam...

:: moga CHAQ cepat sembuh...

:: kuih tepung bungkusnya cukup sedap... dan hasil jualan itulah yang menampung biaya keluarga... setelah ketiadaan ZAKARIA (suaminya)... meninggal akibat KENCING MANIS...

:: CHAQ... bermaksud BESAR... atau SULUNG... digunapakai nama pangkat itu... CHAQ YA (Zakaria)adalah abang sulung kepada PAK NGAH 'AT KETEK (Sa'ad) dan CIK CHE' AMAH (Che' Mah)... mereka bertiga beradik sahaja...

Farah Deen said... @ 11:59 AM

ya allah, harap Tok Chaq tak teruk sangat pasai jatuh tu. kena jaga, bila dah tua ni, berdiri kena jaga, naik turun tangga, masuk toilet semua. kesian pulak dengaq cerita ni. :(

Bangchik and Kakdah said... @ 12:58 PM

PakNgah: Mereka 4 beradik, termasuk MakLang ibu Abang Omar dan Kak Melah.

Dalam minda, langsung tidak ada memori rupaparas Chaq Ya dan MakLang. Mungkin masih kecil.

Harap Chaq cepat sembuh.

Pak Ngah: said... @ 2:17 AM

:: bangchik: yap... betul tu... tertinggal sorang lagi... MAKLANG...

:: rupa paras CHAQ YA... 99% macam Bang Bidi... tapi lebih tinggi macam Kak Munah...

aQQim said... @ 8:06 AM

salam
cian tokchaq.. mg cepat sembuh.
teringat pegi beraya rumah tokchaq 2 tahun lepas, masih kuat lagi ingatannya. katanya pada akim, "hat ni anak jijah kan?" :)
dan bak kata pakngah, penangan kueh tepung bungkus tokchaq memang power!!
masa bersekolah tadika kat depan masjid sg batu dulu(ada lagi ka?), selalu singgah beli kat umah dia beli kueh tu, mak yg rekemenkan.. "tokchaq tu tok menakan hangpa tau", kata mak.

PakTeh said... @ 6:09 PM

@tokchaq tu mmg istimewa, begitu juga hasil tangannya.

Post a Comment