| 2 comments ]

10 Mac, 2008 18:39 PM

Pemangku Raja Perak Terima Menghadap Wakil PAS, DAP Dan PKR

IPOH, 10 Mac (Bernama) -- Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menerima menghadap wakil PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhasrat menubuhkan kerajaan campuran di Perak. Rombongan yang menghadap Raja Dr Nazrin selama kira-kira 30 minit di Istana Kinta di sini diketuai Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang, Pengerusi PKR Perak Zulkfili Ibrahim dan Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham.

Tiga parti berkenaan telah mengumumkan cadangan membentuk kerajaan campuran selepas menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam pilihan raya umum ke-12. DAP menang 18, PKR 7 dan PAS 6 kerusi dan perlu membentuk kerajaan campuran kerana masing-masing tidak menguasai majoriti. Majoriti mudah yang diperlukan ialah sebanyak 30 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula hanya menang 28 kerusi berbanding 52 kerusi yang dikuasainya sebelum ini.

Ahmad berkata mereka telah memohon perkenan Pemangku Raja Perak untuk membentuk sebuah kerajaan campuran. "Kami menghadap Baginda bagi mendapat perkenan membentuk kerajaan campuran dan telah mengemukakan nama calon Menteri Besar," katanya ringkas kepada pemberita di luar istana.

Senarai calon bakal menteri besar - seorang dari setiap parti - telah diserahkan dalam pertemuan tersebut untuk dikemukakan kepada Sultan Perak. Turut serta menghadap ialah wakil rakyat dari Behrang (PKR), Jamaluddin Mohd Radzi, Pasir Panjang (PAS) Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Nga Kor Ming (DAP) Pantai Remis.

Sehingga ini, calon utama bagi jawatan tersebut dipercayai wakil rakyat PAS dari Pasir Panjang, Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil rakyat PKR bagi Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi. Ir. Mohammad Nizar ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak. Jamaluddin pula Ketua Bahagian Tanjung Malim PKR Perak.

Difahamkam, dalam persetujuan yang dicapai antara parti-parti pembangkang, DAP yang mempunyai kerusi terbanyak Dewan Undangan Negeri (DUN), bersetuju wakil PKR atau PAS dilantik sebagai menteri besar, dan DAP pula diberikan tujuh jawatan exco kerajaan negeri. PAS dan PKR pula masing-masing mendapat dua kerusi exco.

** Perak, Selangor, Kedah & Kelantan adalah negeri-negeri yang mempunyai Sultan, berbeza dari Pulau Pinang. Setiap sultan adalah ketua agama di negeri mereka. Untuk memudahkan proses perlantikan Menteri Besar, memerlukan seorang Menteri Besar beragama Islam agar perkenan sultan lancar. Walaupun nampak macam bakal Menteri Besar nanti macam jadi boneka kepada majoriti Exco dari DAP, tetapi itu lebih baik dari MB-nya orang DAP. Boleh RIOT satu negeri. Semoga Perak kekal aman, terus maju dan sejahtera.


(Sumber asal: Bernama & Malaysiakini)

Related Posts by Categories



2 comments

Sharifah Hassan said... @ 9:47 PM

Salam,

Maka bermulalah era kebangkitan minda di kalangan pengundi muda yang seringkali dipelekeh dek pemimpin tua...

Di Batu Kurau, kisahnya habis semua pinggan mangkuk, periuk kuali dikemas dan dibungkus sebab kata orang masjid, kena serah kuasa!

Di Taiping pula, sembang di kedai kopi mengimbau kembali pemimpin lama yang benar-benar memimpin.

Di Ipoh, jalan ke bangunan persekutuan ditutup dan dijaga rapi oleh pegawai polis trafik.

Di mana kita?

PakTeh said... @ 7:51 AM

kita pula.. tengok apa kesan yang berlaku akibat pilihan di kalangan kita.

tetapi positifnya, ramai orang kian celik dengan apa itu demokrasi - yang berasaskan pilihan rakyat. dan rakyat itu adalah kita.

Post a Comment