| 0 comments ]

Seramai 3,341 atau 67.9 peratus calon berjaya memperoleh Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2007 dengan mendapat pangkat sekurang-kurangnya lulus (Maqbul) dalam setiap mata pelajaran, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata walaupun jumlah itu menurun sedikit berbanding 2006 iaitu 71.5 peratus atau 3,574 calon, namum pencapaian pelajar secara keseluruhannya membanggakan berdasarkan kelulusan sekurang-kurangnya gred Maqbul dalam kesemua 10 mata pelajaran.

Seramai 4,920 orang calon menduduki STAM 2007 yang menawarkan 10 mata pelajaran meliputi bidang bahasa, Syariah dan Usuluddin, katanya.

"Seramai 74 calon atau 1.5 peratus) pelajar memperoleh gred cemerlang (Mumtaz) dalam semua 10 mata pelajaran yang diambil berbanding 88 orang pada 2006," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), di Putrajaya hari ini.

Jumlah pelajar yang memperoleh Mumtaz dan Kepujian (Jayid Jiddan) bagi semua 10 mata pelajaran pula seramai 96 (2.0) peratus berbanding 90 orang pada 2006.

Alimuddin berkata prestasi setiap mata pelajaran bagi peringkat Mumtaz juga tinggi antara 8.5 peratus (iaitu Tauhid dan Mantiq) dan 25.5 peratus (iaitu Hizfil Quran dan Tajwid).

(Sumber: Kenyataan Akhbar - 12/03/2008)

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment