| 2 comments ]

Tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama (STAM) 2007 adalah pada hari Rabu, 12 Mac 2008.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom menyatakan bahawa calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10.00 pagi. Manakala calon-calon persendirian akan menerima keputusan melalui pos. Analisis keputusan kedua-dua peperiksaan akan diumumkan pada hari yang sama.

Pada tahun lalu, seramai 439,255 orang pelajar menduduki Peperiksaan SPM manakala 6,522 orang menduduki Peperiksaan STAM.

Pesan PakTeh, calon2 jangan lupa bawa kad pengenalan, dan berpakaian sopan. Jangan lupa jumpa guru kaunselor di sekolah untuk dapatkan khidmat nasihat untuk bimbingan kerjaya atau peluang pendidikan lanjutan. Untuk Ahmad@Anjang (anak PakNgah) - Semoga Berjaya.

Setelah dapat keputusan SPM, cubalah melawat Laman JPA e-Sila untuk memohon Biasiswa JPA. Pada masa lalu, calon SPM yang mendapat satu A (A1 atau A2) dalam subjek Bahasa Melayu adalah layak untuk membuat permohonan. Dijangka syarat yang sama bagi tahun ini. Borang permohonan biasanya mula dikeluarkan setelah keputusan SPM 2007 keluar. Walaupun Semakan Maklumat Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2008/2009 telah ditutup, jangan lupa rujuk entri terdahulu: Permohonan ke Institut Pendidikan MARA

**** P E N T I N G ****

Semua permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online) SEPENUHNYA. Terdapat 13 buah IPTA yang menawarkan program pengajian kepada kepada pemohon Lepasan SPM, iaitu :

  • Universiti Malaya (UM);
  • Universiti Putra Malaysia (UPM);
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM);
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM);
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT);
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM);
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM);
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP);
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP);
  • Universiti Darul Iman Malaysia (UDM); dan
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Walaupun belum ada sumber rasmi, dijangka keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan dikeluarkan tidak lama selepas keputusan SPM. Pada tahun lalu, keputusan STPM dan STPM dikeluarkan dalam minggu yang sama, dengan berjarak beberapa hari.

GOOD LUCK EVERYONE!

Related Posts by Categories



2 comments

Pak Ngah: said... @ 5:03 AM

:: salam...

:: Anjang (Ahmad Ashraaf) kata... dup-dap-dup-dap le ayah... bila berita memaklumkan yang result SPM dah nak keluar...

PakTeh said... @ 9:09 PM

semoga anjang berjaya. :)

Post a Comment