Kementerian Pelajaran berharap waktu pembelajaran di pra sekolah selama empat jam sehari mulai sesi persekolahan tahun ini dapat menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata tambahan waktu pembelajaran itu berbanding dua hingga tiga jam sebelum ini dapat memastikan kanak-kanak mendapat pembelajaran yang secukupnya selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan kerajaan.
"Dianggarkan kemasukan kanak-kanak berumur lima dan enam tahun di peringkat pra sekolah adalah sebanyak 67 peratus ketika ini. Saya yakin, usaha kerajaan untuk meningkatkan penyertaan pra sekolah kepada 87 peratus dalam tempoh tiga tahun dapat dicapai menerusi penambahan waktu ini," katanya.
Wee yang juga anggota parlimen Ayer Hitam berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2, di sini, Isnin.
Terdahulu, beliau dan isteri, Datin Jessica Lim turut menghantar anak lelaki mereka, Julian Wee Yu Hao, 7, yang memasuki tahun satu di sekolah itu.
Wee berkata jadual pembelajaran selama empat jam itu sudah diamalkan di kebanyakan negara maju.
Katanya, satu garis panduan juga sudah dikeluarkan bagi menjamin pendidikan yang berkualiti termasuk akan menempatkan guru berkelulusan ijazah di setiap pra sekolah.
Dalam pada itu, Wee turut memberi amaran kepada pengusaha pra sekolah swasta supaya tidak menaikkan yuran persekolahan ekoran penambahan waktu itu serta tidak mengambil kesempatan ekoran kenaikan harga barangan seperti gula.
(Sumber: Bernama - 04/01/2010 - 16:46pm)

0 comments
Post a Comment