| 0 comments ]

Pemilik tanah di Perak kini boleh menyemak status cukai tanah mereka melalui khidmat SMS yang, inisiatif terbaru yang ditawarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri.

SMS itu boleh dihantar dengan menaip PTGPK CUKAI NOMBOR HAKMILIK dan hantar ke 32244

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu diharap dapat membantu memudahkan pemilik tanah membuat semakan status cukai tanah mereka dan menunaikan tanggungjawab membuat pembayaran cukai tanah.

Beliau berkata kerajaan negeri memandang serius tindakan pemilik tanah yang tidak membayar cukai tanah dan akan mengambil tindakan merampas tanah pemilik yang masih berdegil selaras dengan Seksyen 100 Kanun Tanah Negara.

"Ini kerana pentadbiran tanah mensasarkan kutipan cukai tanah tahun 2010 ialah 100 peratus. Dengan adanya semakan cukai tanah melalui SMS serta kemudahan bayaran cukai online di Maybank, Bank Islam, Hong Leong, CIMB dan Public Bank serta di Pejabat Pos sebelum ini, akan memudahkan lagi pemilik tanah menunaikan tanggungjawab mereka untuk membayar cukai tanah," katanya
kepada pemberita selepas majlis ucaptama eksekutif di Ipoh hari Selasa.

(Sumber: Bernama - 5/1/2010 - 19:15pm)

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment