| 8 comments ]

Petang tadi bawa Zaim pergi klinik kerajaan di pekan. Dia kena buat medical check-up untuk pengesahan kesihatan, syarat oleh sekolah menengahnya nanti. Jenuh tunggu, sebab doktornya sorang, orang ramai pula. Akhirnya, Zaim dipanggil oleh jururawat untuk ditimbang berat.

Selepas tu, dia kembali. Sementara menunggu jumpa doktor, PakTeh tanya: "Berapa berat timbang tadi?" Zaim jawab, "31.4 kg". PakTeh terpempan. Memang dia ni kurus sikit, makan tak tinggi seleranya. Tapi PakTeh tetap kagum dengannya. Dia ada sesuatu yang 'lebih' dari PakTeh.. Umurnya kan baru 12 thn 2 bulan.

Teringat masa PakTeh Form 3 dulu.. Di hujung tahun, Mr Chong guru Pend. Jasmani timbang berat semua murid di kelas. Mr Chong ni tak tau pasal apa, dia panggil murid yang badan besar2 dulu. Yg badan kecik2 kemudian. Purata berat kawan2 dalam 40-50kg. Ada juga lebih 60kg.

Masa tu PakTeh pulak tergolong antara 3 orang yang terkecik tubuh badan. Yang tak syoknya, ada "kata-kata" Mr Chong yang menyusahkan hati PakTeh & 2 orang kawan lagi.

Setiap kali dia tengok angka pada alat penimbang tu, dia akan sebut kuat-kuat depan kelas, sambil catat dalam rekodnya. Semua murid yang dah timbang asyik dok tengok kami. Setiap kali berat diumumkan, berderai kawan2 gelak. Kuat pulak tu. Isk..

Kawan yang kurus tinggi sikit tu, Mr Chong umum: 33kg!. Kawan2 gelak. Sorang lagi tu yang rendah sikit tapi gempal, diumumkan: 32kg!. Kawan2 gelak lagi kuat. Adui la, PakTeh kena last sekali. Kawan2 dok masih menyeringai tengok. Mr. Chong pun sengih2. Dia ulang lagi "kata-kata" yang menyusahkan hati tu. Akhirnya, PakTeh pun naik atas alat penimbang..

Mr. Chong umum kuat2: 30 kg! Sharp! Kah Kah Kah, kawan2 gelak. Geram betul masa tu. Nampaknya PakTeh yang paling ringan dalam kelas. Namun begitu, walau dah 15 tahun & berat cuma 30kg, PakTeh tetap bersyukur. Sebab kalau tidak lagi malu..kena kutuk dek kengkawan. Geng2 asrama ni bukan tak tau.. kalau ada bahan lawak, modal untuk gelak kutuk tu tak habis sampai berminggu-minggu.

Sebenarnya apa "kata-kata" Mr Chong yang menyusahkan hati tu? Dia kata:

SIAPA BERAT KURANG DARI 30 KG..
SAYA MAU HANTAR HOSPITAL.
PERUT DIA ADA CACING!!

Related Posts by Categories



8 comments

Farah Deen said... @ 1:17 AM

ekekekekek lawak la cerita pakteh ni. sepatutnya, kuruih better dari gemuk. ni terbalik pulak, ada ka pi gelak pasai org kuruih? hahahaha kesian pakteh. yg paling lawak tu, sapa kurus ada cacing dalam perut! hahahahah

PakTeh said... @ 7:07 AM

farah b : pakteh kecik2 dulu memang lambat besar. dah f4-f6 baru membesar dan meninggi. org2 yang dilewatkan Allah untuk tinggi. :)

Anonymous said... @ 5:25 PM

Askm

Hahaha....kelakonyer, ni mesti makan ikan banyak ni..banyak cacing

PakTeh said... @ 7:58 PM

orang yang asalnya dekat dengan laut, memang suka makan lauk ikan. tapi, pakteh tak la ada cacing masa tu, rasanya (haha). cuma tumbesaran tubuh badan je kategori lambat naik.

Farah Deen said... @ 10:39 PM

pakteh: takpa, janji lani handsome and tinggi. ekekkekeke

PakTeh said... @ 10:05 AM

handsome tu idak & tinggi sederhana saja. tapi perut pula dah naik. entah2 makin tua ni yg banyak cacin kot. haha.

Farah Deen said... @ 4:28 PM

kikikik..pakteh, makan la ubat cacing kalau mcm tu!

PakTeh said... @ 5:50 PM

@Farah B: hihi.. ubat cacing lagi.. hihi.

Post a Comment