Lake Raban: A Unique Archipelagos In The Main Land
(Photo taken from a difficult spot besides the R&R )
(Photo taken from a difficult spot besides the R&R )
Sebenarnya PakTeh nak ikut konvoi Pantai ke Felda Nenering, Pengkalan Hulu hari Khamis. Dalam pada itu, PakNgah telah confirm diurus oleh Azilah di Ipoh. Bagaimanapun call dari adik ipar (adik MakTeh) dari Shah Alam untuk singgah & menginap telah mengubah perancangan awal. Tambahan pula, MakTeh akan keluar seawal 7.30 pagi untuk mengawas SPM. Dipendekkan cerita, setelah ipar sekeluarga makan pagi & bertolak keluar ke Penang, baru PakTeh boleh check rumah sebelum kunci.
Bertolak dari rumah pukul 8.45am, dengan Zaim. Ke Rumah TokNgah Minah, nampaknya beliau tak dapat juga ikut kerana ada kenduri rumah abang menantunya , Lan di Ipoh - hari yg sama dgn kenduri Akim di Gerik. PakNgah Chan kerja, dan dia akan pergi kenduri Abg Bidi di Sg. Batu, juga serentak hari yg sama. Memang kami 2 beranak saja la nampaknya ke Gerik.
MakTeh tak dapat ikut, kerana taklimat marking paper SPM Jumaat-Ahad. Kalau ikut2, PakTeh juga kena pergi Taklimat RO SPM di Tok Bali, Kelantan - juga 3 hari yg sama. Dah gitau JPN Perak, tak boleh pergi. Taklimat tu 'hadiah' sebenarnya, jenjalan ujung tahun. Tahun lepas di PCB, Kelantan. Tetapi, urusan kaum keluarga ada masanya kena diutamakan.
Nampaknya, perjalanan ini kena rentas 3 daerah: Manjung, Larut Matang & Selama, Kuala Kangsar sebelum masuk Hulu Perak. Rumah MakLong di Felda Nenering, kena tambah 30km lagi dari Gerik. Anggaran perjalanan 3 jam - kadar selesa: 90km/j. Ye ke tu..? Hehehe.
Tasik Raban sebenarnya adalah Tasik Chenderoh. Peta satelitnya boleh dilihat di sini. Kerajaan Negeri Perak menggelar daerah Hulu Perak sebagai "Daerah Tasik" (The Lake District). Ianya bukan sekadar iklan atau gimik promosi, tetapi kawasan tersebut sememangnya memiliki jaringan besar beberapa tasik - buatan manusia dan semulajadi. Terdapat 4 tasik utama - Tasik Temenggor, Tasik Chenderoh, Tasik Kenering and Tasik Bersia.
Tasik Temenggor, adalah sebuah tasik buatan manusia yang terhasil selepas terbinanya Empangan Temenggor pada 1978. Di situlah wujudnya Taman Negara Belum dan Pulau Banding. Ramai orang silap menyatakan tasik ini sebagai Tasik Banding. Di samping reputasinya sebagai salah sebuah hutan simpan yang belum terusik, ia juga terkenal sebagai habitat bagi flora dan fauna yang unik dan sukar ditemui, termasuklah giant rafflesia - bunga terbesar di dunia.
Tasik Raban pula adalah tasik terawal yang mengalu-alukan pengunjung yang datang dari hala Kuala Kangsar melalui jalan Kuala Kangsar-Gerik yang merentasi tasik luas tersebut. Sebenarnya tasik tersebut adalah Tasik Chenderoh, yang terbentuk bila Sungai Raban banjir selepas pembinaan Tasik Chenderoh. Penduduk tempatan menggelarnya Tasik Raban berikutan nama kampung kecil Raban yang wujud di situ.
Raja Muda Nazrin Bridge, Raban Lake:
Zaim focussing underneath - a fast motorboat cruising.
R&R Tasik Raban: PakNgah & Zaim (02.12.07)
Kerja pembinaan pakej laluan Lenggong-Sauk sepanjang 24 km dan Jambatan Raja Muda Nazrin dengan kos RM235 juta dimulakan pada Oktober 2001 dan siap sepenuhnya pada 30 November, 2005. Perasmian kedua entiti Perak itu pada 4 November, 2006 disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.Zaim focussing underneath - a fast motorboat cruising.
R&R Tasik Raban: PakNgah & Zaim (02.12.07)
Dengan siapnya laluan tersebut, lengkaplah projek pembangunan infrastruktur jalanraya yang lebih selesa menghubungkan Kuala Kangsar- Gerik. Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli; perlaksanaan projek itu amat penting sebagai pemangkin pembangunan daerah Hulu Perak pada keseluruhannya. Dahulu, daerah Hulu Perak adalah daerah terpencil dan pada ketika dulu untuk sampai ke Gerik dari Ipoh mengambil masa hampir 5 jam. Kini, masa perjalanan tersebut dapat dipendekkan kepada 1 jam setengah. Nikmat pembangunan yang bernilai & berharga: Tanpa Tol.
2 comments
wow kelihatannya keren tuh pemandangannya ada di amna yah ^^V
www.espionageequipment.blogspot.com
biasa aja sebenarnya vas^co. mungkin di tempat vas^co lebih keren lagi :) biasanya di kawasan pergunungan dan bukit bukau, kesepaduan antara kehijauan tumbuhan disulami kejernihan air tasik menimbulkan suasana yang cukup eksotik.
Post a Comment