| 3 comments ]

Hari kenduri kahwin memang sibuk. Semua orang kena tahu dan ambil tahu peranan masing-masing. Perkahwinan di perkampungan Felda bukan main2, seluruh keluarga setempat dijemput hadir. Lebih 1000 orang. Cuma, kelebihan masyarakat Melayu di Felda Lepang Nenering adalah mereka amat bersatu-padu.

Mereka sama2 bergotong-royong menjayakan sesuatu majlis ahli kariah setempat. Seawal 7.00 pagi, jiran tetangga sudah datang menolong. Kenduri adalah jamuan makan semata-mata. Tetapi pengurusan menjayakan kenduri dari awal, semasa dan selepasnya adalah lebih hebat. Itulah kendara. Perlu komitmen jitu dari semua yang terlibat, langsung atau tidak langsung.


Jalan

Tinjau

Sekitar

Rumah


Seluruh rumah dan halaman tuan rumah akan digunakan, dengan pelbagai tujuan. Kebiasaannya, urusan masakan, minuman dan jamuan biasanya tetap di luar rumah.









Biasanya, 11.30 tetamu dah mula hadir untuk makan kenduri. Semua bersantai dulu di khemah. Ikut slang utara: khemah ini dipanggil "balai". Bila nasi, kuah dan segala 'mata' hidangan siap.. dulang diangkat oleh para 'bentara' ke balai lelaki dan wanita. Maka waktu makan sudah tiba!

Makan Time: Khemah Lelaki

Related Posts by Categories



3 comments

Pak Ngah: said... @ 9:18 AM

:: yang jadi mandor pun ada jugak... pegang tiang pulak tuu... mungkin tak mahu ganggu kesibukan "tukang masak" terhebat tuu... agak2 je la...

PakTeh said... @ 3:43 PM

haha.. foto tu sedut dari kamera/laptop Aman. semua kerja elok ada mandor. dia pun ada peranan. tolong jenguk2, tanya2 itu ini, bagi idea yg sesuai & menunjukkan 'kesibukan' macam orang lain juga. hihi.

aQQim said... @ 11:21 PM

tima kasih buat 'mandor' yang sudi datang dari jauh nun semata2 nak menyerikan lagi majlis akim.. buat semua pak2 sedara lain yang datang dan memberi sumbangan masa dan tenaga, terima kasih banyak2 yang tak terhingga..

Post a Comment