| 9 comments ]

NEW DELHI, 27 Dis (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto dilaporkan terbunuh dalam serangan berani mati di Rawalpindi petang ini.

Laporan televisyen yang belum disahkan dari Pakistan dan India berkata Bhutto menghadiri satu perhimpunan di bandar raya ini apabila beliau terkena tembakan seorang pengebom dan cedera parah, bersama dengan 15 pekerja parti serta setiausaha politiknya.

Pemimpin itu, yang pulang ke Pakistan pada Oktober lepas selepas lama hidup dalam buangan bagi mengelak tuduhan rasuah, dikatakan baru selesai memberikan ucapan dalam perhimpunan politik di Rawalpindi apabila insiden itu berlaku.

Bhutto dan parti pimpinannya Pakistan People's Party ketika ini berkempen menjelang pilihan raya kebangsaan yang dijadualkan pada 8 Jan tahun depan.

Pada hari kepulangannya Oktober lepas, Bhutto terselamat dalam dua serangan berani mati ketika beliau sedang melakukan perjalanan dalam perarakan kereta terbuka tetapi hampir 140 orang terbunuh dalam insiden itu.

Laporan awal media di Delhi menyebut ibu kepada dua anak itu pada mulanya cedera parah tetapi kemudian disahkan meninggal dunia di hospital semasa dirawat kerana kecederaan di leher dan belakang.

Related Posts by Categories



9 comments

Pak Ngah: said... @ 5:54 PM

:: salam... di sesetengah negara... nyawa semacam "tiada nilai"... seperti paparan filem2 cowboy dahulu...

PakTeh said... @ 7:54 PM

salam. nampaknya.. keadaan ini seperti balik ke zaman kegelapan jahiliah, kita membunuh atau kita terbunuh. membunuh atas rasa marah dengan ketidakpuasan hati dgn pihak lain. kesian.. ketakutan tentu timbul di kalangan rakyat negara berkenaan.

Farah Deen said... @ 10:41 PM

pakteh: to me, no one has the right untuk tarik nyawa, especially not another human, melainkan Allah. depa ni banyak dapat idea dr movies kot kan? kesian....memalukan negara and ummat!

iEn said... @ 9:32 AM

dunia berada di penghujung.. hmm

PakTeh said... @ 10:02 AM

memang sekarang dah di hujung. cuma tak tahu fasa yang mana satu. perang saudara sentiasa berlaku. tapi kalau ikut2 kitab2, akan berlaku perang besar org islam vs kafir. the last war, but the long one.

echah_syed said... @ 12:03 AM

slm pakteh..x nk komen apa2 juz nk kasi tau combi dah balik dr kg ni..TQ mai blog cheQ..mai selalu naa :)

PakTeh said... @ 12:48 AM

salam combi. selamat pulang dari kampung. semoga sihat sejahtera. :)

Sharifah Hassan said... @ 10:10 PM

Salam,

Meh tengok dari sudut politik...
Aneh bila diselidik,, selalu satu nama besar akan disebut berulang-ulang kali dalam kancah politik antarabangsa...United States of America!

Menarik kalau diikuti perkembangan selanjutnya apabila anak lelaki Benazir menjadi pengganti. Nak tahu juga apa yang menjadi galang gantinya...

PakTeh said... @ 10:27 AM

biasanya sejarah akan terus berulang. sejarah berdarah mungkin berlaku lagi. sebenarnya, kita ketandusan pemimpin yang boleh menyatukan seluruh muslimin. agaknya, banyak fasa lagi sebelum kiamat.

Post a Comment