| 0 comments ]

Flood

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, secara terbuka meminta rakyat negeri itu menghentikan amalan tradisi bermain banjir sebagai pesta. Amalan menjadikan banjir bagaikan pesta air tahunan menyebabkan kematian akibat kelalaian dan sikap terlalu ghairah bermain air, meningkat kepada 10 orang di negeri itu, sehingga hari ini.

Katanya, "Apa yang saya tahu, yang mati ni bukan sebab banjir, tetapi kerana dia terjun ke dalam sungai untuk berseronok. Saya minta ibu bapa supaya beringat, mereka sayang anak lebih daripada saya lagi. Jadi, kita kurangkan budaya pesta air bah (banjir) di Kelantan selama ini jadi pesta sejak bertahun-tahun lamanya."

"Di Kubang Pasu dulu, saya ingat lagi, perempuan cantik mengharung air, seronok dia. Jadi, budaya macam itu terus kekal sampai sekarang. Macam mana kita nak kurangkan budaya tu, saya pun tak reti," sambungnya.

Korban akibat banjir seramai 10 orang di Kelantan setakat ini, adalah jumlah tertinggi berbanding negeri terjejas banjir lain. Kebanyakan mangsa adalah remaja dan kanak-kanak.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment