| 0 comments ]

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2007 yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan golongan itu.

Bagaimanapun, akta yang diluluskan itu tidak memperuntukkan sebarang penalti atau dikenakan hukuman sekiranya timbul isu ketidakpatuhan terhadap peruntukan yang terkandung dalam Rang Undang-undang yang dibentangkan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tindakan mengikut undang-undang lain yang sedang berkuatkuasa boleh dikenakan jika terdapat ketidakpatuhan terhadap sebarang peruntukan yang terkandung di dalam undang-undang itu. Kementerian berkenaan akan meningkatkan lagi pemantauan bagi memastikan akses kemudahan yang diperuntukkan di dalam akta terbabit dilaksanakan selaras dengan tujuan akta itu diwujudkan bagi membela nasib golongan kurang upaya.

Urusan pendaftaran OKU tidak diwajibkan atau dilakukan secara automatik, sebaliknya digalakkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang disahkan sebagai cacat oleh pegawai perubatan. Pendaftaran awal digalakkan tetapi tidak diwajibkan atau secara automatik bagi menghormati permintaan sesetengah golongan itu yang enggan berdaftar dengan pihak bertanggungjawab.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment