| 4 comments ]

Zaman sekarang bukan lagi zaman purba
Zaman ini sudah berubah segala
Raja sudah kian kurang kekebalannya
Bukan lagi sekadar bertakhta
bertitah
bersiram
bersantap
dan beradu
semata

Sayugianya
sekali dua kala
mereka wajar turun tangga istana
memijak tanah selut
mengharung lecah paya
meredah belukar banat
mencemar duli
ke hujung ceruk desa

Sewajarnyalah
melihat dan merasa sama
susah payah rakyat jelata
derita hiba
membanting tulang
memercik keringat
dalam urusan harian mereka
yang dilakukan khusus
demi
kepentingan raja

Jadi
apalah salahnya
setelah selesai urusan kenduri
pengantin baru kita
tolong sama
berkendara
sekadar
cuci basuh
sebiji dua
periuk belanga

hahaha
arakian adanya




Related Posts by Categories



4 comments

Pak Ngah: said... @ 9:14 AM

:: itulah raja berjiwa rakyat...

Pak Teh said... @ 3:56 PM

kira2nya berkesan juga kaedah orientasi PakNgah tu. ada manfaat. 1. sosialisasi 2. periuk pun cuci.

azlanlin said... @ 11:34 AM

3. jadi tradisi

Cikgu Hakim said... @ 11:12 PM

4.kena buli... hehehe

Post a Comment