Sebenarnya ada rancangan nak berjalan dengan keluarga mulai esok hingga Khamis depan. Cadangnya nak ikut jalan Karak ke Kuantan - K. Terengganu - KBharu - Jeli - Gerik, baru balik. Itulah siri2 berjalan kononnya. Petang ni hujan lebat di Pantai Remis. Maka tergerak untuk jenguk Laman Ramalan Cuaca Malaysia yang menyediakan ramalan cuaca hingga minggu depan.
Nampaknya diramalkan hujan lebat dan ribut petir saja untuk seminggu depan di Pantai Timur. Emm.. Angin Monsun Timur Laut (Nov-Mac). Tambahan pula, pagi tadi berita banjir makin hebat di negeri2 yang nak dituju... Kita tengok gambar satelit pada petang tadi.
4 comments
:: nak berbulan madu di Pantai Timur ka..? Tapi di sana macam banjir menjadi2 ja... macam di selatan jugak... cari tempat yang tak banjir la... insyaAllah... adalah tu nanti...
Salam...time ni kalau nak berjalan di Semenanjung memang kantoi! Tapi kalau nak pergi juga bawalah peralatan yang sesuai spt: payung, baju hujan, baju sejuk dan jangan lupa stok makanan yang berlebihan, takut stranded!and as they said..an experience is worth to experience
-> PakNgah: mmg tangguh dulu. esok ada meeting di sek, pasal versi 2 agihan guru 2008. kalau meeting selesai, rabu dah boleh jalan. Insya Allah.
-> Sharifah : terima kasih atas nasihat. betul tu, kena sediakan payung sebelum hujan. cadang nak rempuh juga pantai timur minggu ni, smoga selamat semasa pergi, semasa di sana & semasa kembali.
Post a Comment