| 2 comments ]

Dunia pendidikan di Malaysia adalah bersistem pentadbiran berpusat (centralized). Semua dasar tertakluk kepada arahan Kementerian yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Perlaksanaan di peringkat bawahan tertakluk kepada peruntukan arahan ditentukan, agar tidak terseleweng atau tersasar dari objektifnya. Talian hirarkinya, bermula dari Kementerian Pelajaran (KPM) - Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) - Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) - Sekolah. Setiap arahan dan keputusan dari atas akan diturunkan (empowered) ke peringkat lebih bawah. Up-down process. Jadi, berdasarkan hirarki tadi, yang terendah sekali ialah sekolah. Dialah akar dialah umbi. Dialah tempat yang terkebawah, yang selalu kena hindik, kena pulas tengkuk atau disilang tangan ke belakang. Kan dialah yang termaktub sebagai agen pelaksana. Kan semuanya "yang menurut perintah" ?..

Isunya kalau semua arahan dan keputusan itu turun mengalir licin, InsyaAllah.. proses perlaksanaan akan terancang dan lancar. Ibaratnya, macam proses basuh kereta. KPM itu Tokeh Kedai basuh kereta. Dia kontrol kepala paip basuh kereta. JPN tu paip getah. PPD tu punat pemutar control air di hujung getah paip. Sekolah tu kuli yang kena basuh kereta.

Jika KPM pusing banyak kepala paip, kuatlah airnya yang dijangka keluar. Kalau dia pulas sikit, logiknya air yang keluar tu meleleh sajalah. Itu pun, jika getah paip yang panjang tu tak bocor, tak rosak sebab dah 'lama'. Hujung pemancut air tu pulak kan ada 'controller'. Kalau washer-nya atau skru pemutarnya rosak, sebab dah 'lama' dan 'ketegaq', mungkin juga airnya keluar tak sesempurna yang diharapkan. Yang kuli tukang basuh pulak, dia yang last sekali. Dia bergantung pada kuantiti air yang disampaikan. Kalau slow, lambat la kerja dia. Nak basahkan kereta, nak buh air sabun, nak basuh, nak tonyoh, nak bilas, nak lap2 - air pulak macam ekor tikus - tersentot2, terkemut2. Macam mana nak syok dia buat kerja, air slow sangat. Buat kerja pun sambil merampus, merungut. Masalahnya dia tak boleh control si kepala paip, si paip dan si pemutar hujung paip. Kerja dia kuli semata, ikut saja kadar dan aliran air yang diberi. Ermm..

Isu hari ni, pasai PakTeh tertangguh nak berjalan cuti nih.. hehe. Geng pengurus sekolah pakat nak buat semakan semula agihan tugas staf untuk 2008. Awal cuti, kami dah discuss dah, dah siap first draft. Guru yang lulus pertukaran keluar negeri telah dikeluarkan dari senarai 2008. Sekarang ni, dok tunggu keputusan kelulusan guru keluar antara daerah. Bila antara daerah, lari tak lari, tentulah JPN & PPD punya kerja. Apa la slow sangat! Kementerian dah lama selesai antara negeri, takkan antara daerah susah sangat. Tau la mereka pun nak bercuti & berjalan, tapi lepas cuti, kerja diorang dok pi kacau semua sekolah. Mana perancangan, mana perlaksanaan? Apasal tak siap? Apasal lewat? Diorang tak tau ke sekolah ni saluran terakhir. Tak selesai atau lewat kerana depa, si paip yang tersumbat dan berkarat. Di sekolah.. agihan tugas guru, jadual waktu nak kena adjust lagi. Hujung Disember pula, kena meeting besar semua staf lagi. Isk.. Depa mai jenguk sekolah awal tahun, nak semak kerja orang, itu ini, itu ini. Huh, banyak senang punya kerja. Patutnya, Jemaah Nazir Persekutuan pun patut jenguk2 kerja puak2 di JPN & PPD. Bantai kow-kow sikit. Sistem di Malaysia - sekolah amat dependant. Dia kena tunggu arahan, peruntukan kewangan dll. Sekolah mana boleh memandai2 sendiri, sekolah kluster pun tak autonomi sepenuhnya!

Apalah salahnya, urusan perukaran guru (antara negeri/dalam negeri) selesaikan sebelum cuti sekolah. Kan baguih.. Senang kerja orang bawah. Orang yang nak bertukar pun senang nak rancang cari rumah dan pindah. Kan baik bagi semua orang happy. Gembira menjalankan tugas itu satu indicator penggerak komitmen dan prestasi kerja semua.

Hari ni, dimaklumkan surat2 kelulusan pertukaran masih dalam bilik boss PPD. Belum sign. PakTeh rasa bukan salah Tuan PPD, tapi para pegawai "harapan"nya. Huh! Pagi ni gitau boss, saya nak berjalan la! Kalau nak buat juga meeting, minggu depan: Isnin. Saya dah tak larat tunggu.. tunggu.. tunggu... menunggu "si lembap" yang menyuruh orang lain kerja laju!

Rujukan Kamus Utara:

ketegaq = degil; awai = awal

Related Posts by Categories



2 comments

Sharifah Hassan said... @ 1:03 AM

Salam,

Let's face the gruel fact of our beloved KPM...it is not a Water Pipe Network..it is more of a haywire network that is caught up in their own politics of who's climbing the ladder faster rather than working faster...

So sama-samalah kita komplen!!! Kut-kut la ada yang sudi "mendengaq"

PakTeh said... @ 7:00 AM

Hehe.. cuma nak melepas geram sekali-sekala. unsur politik tu ada juga kot. moga2 semua orang mahu berubah. Dan budaya kementerian keseluruhan tentu lebih meningkat: cemerlang, gemilang & terbilang.

Post a Comment