| 0 comments ]

Pada hari Sabtu lalu (29.12.07), kenduri di Rumah MakLang Yah, ipar MakLong Azizah di Tebok Yan. Kenduri anaknya Muzammil, seorang guru di Semenyih, Selangor. Pasangannya seorang pembantu tadbir di sebuah sekolah berhampiran. Sebenarnya pernikahan telahpun berlangsung di Kuala Terengganu minggu lalu.

PakLong Ismail jadi tuan rumah, kerana ipar - suami adiknya dah meninggal dunia lebih 20 tahun lalu. Maknanya PakLong kena pakai baju yang 'banyak poket' la.


Gambar di atas mengumpul sebahagian saudara-mara. Dari kiri, MakNdak, MakTeh dan Zaim. Yg kebam mulut tu - KakNgah, diikuti KakLang,Ahmad, KakUda & Along. Ke5nya anak2 PakNdak. Di belakang berbaju ungu, MakNjang. Berkopiah kuning terlindung sikit, TokNgahChan. PakLong berbaju Melayu ungu, tema kenduri yg segagan dengan warna khemah pengantin. PakNdak, di belakangnya.

Pada hari itu, si Ahmad anak PakNdak seperti biasa mengekalkan rutinnya. Nak pakai songkok & 'baju raya'. Apa saja majlis, dia memang takkan tinggal 'syarat wajib'nya. Dan awal2 lagi, MakNdak dah sorokkan baju rayanya.. haha. Yang dia nak, memang yang warna 'kuning' saja. Ingat2 masa depan, dia mungkin boleh kahwin puteri raja, atau seorang mufti dalam negara. Mudah2an.

Bagaimanapun, pada hari berkenaan pengantin dari Kuala Terengganu lewat tiba. Kesian, sejam keluar sekitar Gua Musang, bas pengantin ada kerosakan enjin, masalah tali kipas. Jadi, majoriti penumpang minta balik semula sebab tak yakin bas meneruskan perjalanan 4 jam di kawasan tiada orang (Gua Musang - Simpang Pulai). Jadi, setelah bertolak awal pagi sejam, rosak & repair 2 jam lepas tu patah balik 1 jam. Kemudian 2 kereta yang ke Perak bersama pengantin. Tiba 6 petang, kesian pengantin, kelewatan & keletihan.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment