| 16 comments ]

Hari ni, PakTeh cuba jadi Inspector Gadget. Nak juga tengok TV Plasma walau TV di rumah jenis Cokia. Orang kata TV tu, besar & kaler dia cantik. Jadi, PakTeh pi download satu gambar TV Plasma 65" dari Panasonic, latest punya. Haha.. at least PakTeh dah ada TV Plasma.

Kendian, terjumpa pulak satu laman pasai buh gambar dalam tv, guna Photoshop. Ooo.. ini baik nih. Mula la nak gatai tangan. Kebetulan PakTeh ada beberapa gambar klasik era 70-an yang di-scan oleh Akim masa Raya Aji baru ni. Nak juga ada gambar kenangan zaman dedulu. Bila buat2, tak mau jadi2. Isk... Rasanya macam PakTeh tak gheti main2 dengan layer. Adui PakTam ! Mai tulong! TV ni baru, awat gambaq kaler, keluaq gambaq itam putih pulak!?.. Huhuhu.

Dalam TV Itam Putih ni, PakTeh berdiri di belakang, sebelah arwah ayah PakTeh. PakTam yg merangkap 'PakSu' (haha) sebelah arwah Mak PakTeh. PakNgah takdak dalam gambar, sebab dia tukang tangkap gambar (haha). Yg duduk depan tu: anak MakLong, Azilah. Yg kena dukung dek TokWan ialah anak MakNjang: Faizol. Dua2 anak penakan comei2 tu dah pun menghampiri usia 30 sekarang. Azilah, lecturer di PUO, Ipoh. Faizol, 'Jurutera Kanan' di G-2 Service Center, milik PakTam.

Walaupun siaran ntv7 di atas tu rosak, bila tengok gambaqnya, terasanya dah tua..
La ni pun, dah ada beberapa cucu sedara. Patut nick PakTeh kena tukar jadi Tok Teh kot.. Lagi sekali!.. Huhuhu.

Related Posts by Categories



16 comments

Pak Ngah: said... @ 6:15 PM

:: photo ini dalam sejarah... suatu imbauan dan imbasan kisah silam... dan nampak macam tak banyak beza pada PakTeh & PakTam 30 tahun dulu dengan sekarang ni...

PakTeh said... @ 6:52 PM

nostalgia lama, memang mengusik jiwa, kan PakNgah? Ada lagi beberapa foto lama yg dah discan. Bebila senang nanti,cuba diupload. Kita tengok tv lagi, sama2.

Ya ka kami tak bnyk beza? sebenarnya PakTeh rasa mcm dah kian ke hujung usia..

arsaili said... @ 8:45 PM

comelnya pakteh masa kanak2..ahaks

PakTeh said... @ 9:07 PM

terimakasih arsaili. camtu la.. udah makin meningkat dewasa, rasa masa kecik dulu lagi comel. tapi arsaili pulak dengar2nya, makin dewasa makin comelnya! lagi hebat. hehe.

Sharifah Hassan said... @ 11:29 PM

Salam..

Siapa pula jembalang belakang rumah, hidung kembang kepala gondol??

PakTeh said... @ 7:01 AM

salam sharifah. tiada 'jembalang' sebenarnya. tapi kalau yg 'gondol' & 'hidung kembang' mmg ada. PakTeh pun termasuk kategori itu, haha. tapi la ni, rambut dah naik sikit berbanding awai cuti dulu, Alhamdulillah.. kalau tidak, jenuh budak2 sekolah tu esok gelak.

Orked said... @ 7:10 AM

best dapat tengok gambar² nostalgia mcm ni..rasa baru je kenangan tu berlalu kan, pakteh...

- hargailah apa yg kita ada kini

PakTeh said... @ 7:45 AM

betui tu Jie. apa yg dah tak ada, takkan kembali. apa yang ada kini patut dihargai & disyukuri, juga kena dijaga & dipelihara sebaik-baiknya.

azlanlin said... @ 2:39 PM

Nostalgia...apa-apa yang berlalu, memang dikenang kerana tak dapat dicari ganti... bagaimana dengan hendak memeliki untuk yang akan datang pulak? apa kategorinya dan macam man plak tu PakTeh?

PakTeh said... @ 7:40 PM

Akan datang? haha.. macam mana tu?

Pak Ngah: said... @ 8:06 AM

:: salam..."hendak memiliki untuk yang akan datang pulak" tu DALAM maksudnya... tak gitu?

:: "penyakit" boleh dielak... tapi ada JUGAK orang suka "cari penyakit"... kahkahkah...

PakTeh said... @ 10:09 AM

TokWan dulu2 kerap kata kalau buat sesuatu yang tak betul: "Hangpa nak cari penyakit?". Kena dengaq kata org tua. ada berkatnya.

azlanlin said... @ 12:40 PM

Waa...menarik tu PakNgah...
::Biasanya, seseorang yang ada 'penyakit, akan mencari ubat untuk menyembuhkan penyakit tu...

:: Bagaimana pulak jika seseorang yang dah ada 'ubat'...cari le 'penyakit' utk menggunakan ubat tu...
boleh ke gitu PakNgah?

:: Itu juga kategori 'cari penyakit' ke PakNgah?
hahahhah...

azlanlin said... @ 12:56 PM

Bab-bab cari penyakit ni PakTeh.... :: Kebanyakan orang akan melihat "kena sakit" bila melihat orang lain yang sakit. Kekadang apabila sakit itu kena pada diri sendiri...ehhh, tak sakit pun rupanya...

:: Situasi ini wujud kerana penerimaan penyakit itu diterima secara negatif atau positif...segalanya, bergantung kepada kekuatan minda separuh sedar kita menguasai keadaan...

:: Apa2pun...semua tndakan kita dalam sesuatu hal, bergantung pada kekuatan kita untuk menanggung apa jua RISIKO yang berlaku... berani ke menanggung risiko?

Pak Ngah: said... @ 7:46 AM

:: nampaknya awal2 lagi PakTeh dah nyatakan pendiriannya... tapi bagaimana pula jika PakTam@azlanlin berusaha mencuba mencari penyakit itu... jika dah bersedia dengan ubatnya... bolehkan...?

:: tapi... mungkin juga penyakit pada tanggapan PakNgah tu dilihat sebagai "TARAK" apa2 pada PakTam@azlanlin... ye le... bukankah tahap ketahanan badan seseorang tu berbeza... tak gitu?

PakTeh said... @ 10:23 AM

eloknya kalau sakit memang kena berubat. kena rasi dengan ubat & pengubat. juga keikhlasan si pengubat dan yang diubat serta doa yang berterusan dari yang terlibat.

Post a Comment