Mulanya PakTeh hairan juga terdapat beberapa mesej dari pelawat blog yang bertanya bilakah tarikh keputusan SPM | STAM | STPM 2008 akan dikeluarkan pada tahun ini. Sebenarnya tarikh itu - hanya pihak Kementerian Pelajaran yang tentukan. Siapalah PakTeh.. manalah PakTeh nak tahu.
Tarikh keputusan sebenar akan diumumkan secara rasmi di akhbar utama atau media elektronik, biasanya oleh Menteri Pelajaran Malaysia atau Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Bagaimanapun, bolehlah PakTeh kongsikan sedikit panduan bilakah tarikh keputusan itu untuk tahun ini.
Tarikh Keputusan Peperiksaan SPM - STPM - STAM : Tahun 2006
- SPM : 12 Mac, 2007
- STAM : 12 Mac, 2007
- STPM : 15 Mac, 2007
Tarikh Keputusan Peperiksaan SPM - STPM - STAM : Tahun 2007
- STPM: 11 Mac, 2008
- SPM : 12 Mac, 2008
- STAM : 12 Mac, 2008
Tarikh keputusan tahun-tahun lalu bukan untuk diramal atau dibuat spekulasi. Cukup sekadar sebagai gambaran bila waktunya bagi lepasan SPM | STPM | STAM 2008 lalu yang berada jauh dari kampung halaman untuk bersiap sedia meraih hasil usaha pembelajaran selama ini. Nampak kan? Ianya hanya antara 10 dan 15 Mac bagi 2 tahun lalu. Tahun ini.. ? Samada tarikh itu sama, lebih awal atau lebih lewat, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui seluruh alam.
4 comments
xsabo bye nk tggu result stpm kuar hihi walaupon xpndai mane tp nk tgk gak hasil usehe dok asrama wktu nk stpm.stby bgai nak rak dh klaw xlpas jgk ke u mmg xde rezeki laa
harap2 lah result spm aku nie bagus....dapat lah aku jenguk dan merasa camnie kat U....hek6.........
pakteh doakan sya berjaya stpm08 ne ek..
tuhan tu maha adil dmana ada usha dia akan
tunjukkan setimpal apa yg kita ushakan..
@ sliver, diana & yanzie: semoga semuanya berjaya, insya allah.
sentiasalah alert dengan berita dan apply semua permohonan online yg selalu diiklankan dlm newspaper/portal dari semasa ke semasa.
Post a Comment