| 4 comments ]

Seperti sedia maklum, takwim peperiksaan awam 2009 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Satu perkara menarik tahun ini adalah jadual peperiksaan PMR. Kali pertama dalam sejarah, PMR tahun ini akan dijalankan dalam masa 2 minggu. Pelajar-pelajar Tingkatan Tiga tahun ini dijadualkan mengambil peperiksaan pada 7-9 Oktober (Rabu-Jumaat), dan dari 12-13 Oktober (Isnin-Selasa).

Biasanya PMR yang berlangsung pada Oktober setiap tahun hanya memakan masa 5 hari peperiksaan, dalam satu minggu. Rutin kertas peperiksaan adalah hari Isnin - Khamis: pagi dan petang, manakala Jumaat, pagi sahaja.

Mengapa tahun ini berbeza?

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan akhbarnya menjelaskan bahawa tarikh bagi PMR diubah sedemikian dari tarikh asalnya memandangkan jadual PMR yang asal berakhir terlalu hampir dengan perayaan Hari Deepavali, pada 17 Oktober.

Dalam pada itu, beliau berkata peperiksaan PMR tidak dapat dimulakan pada hari Isnin (5 Oktober) kerana tarikh tersebut adalah terlalu awal.

Sebenarnya pada tahun lalu, pada awalnya jadual peperiksaan PMR dipisahkan kepada 2 bulan - iaitu sebahagian kertas pada Oktober manakala sebahagiannya lagi pada November. Namun begitu, tarikh peperiksaan telah diubah ke dalam satu minggu, hanya pada bulan Oktober berikutan rungutan dari ibubapa dan para pelajar berhubung masalah tarikh-tarikh peperiksaan yang terpisah itu.

Kita tengok nanti apa kesan pemisahan tarikh ini. Yang PakTeh nampak, lebih banyak baiknya berbanding yang buruk. Paling baiknya adalah bagi kertas 12-13 Oktober, ada extra 2 hari pada Sabtu & Ahad sebelumnya untuk calon-calon PMR mengulangkaji. Selamat Berusaha.

Related Posts by Categories



4 comments

caramel said... @ 3:01 PM

Pak teh, saya baru tertanya2..... kenapa pmr 2 minggu. Anak sulung baru nak pmr tahun ni....

saya lebih suka pmr 5 hari..... so tat concentration tak terganggun on weekend tu....

tapi kalau subject yg heavy jatuh pada 12/13 oct.... ok juga.... boleh selak2 buku sikit minggu tu.

Yang penting.... saya kena beritahu anak supaya manfaatkan weekend tu.... jangan relax sakan.... should lebih tenangkan fikiran and go through her books sikit2 jer....

Jangan dia berparti sakan sudah...... hehe. oh anak saya kat asrama...... tu yg kena byk2 nasihat tu....

PakTeh said... @ 4:46 PM

@caramel: ada pro & cons. nampaknya sistem exam 2 minggu ini, sebab dah tak boleh dielak atas sebab2 di atas tadi.

insya allah, budak2 tak stress sangat, jika ada ruang lompong di tengah. smoga mereka berjaya.

Fahmi Amyrizadh Zulkarnain said... @ 8:41 PM

Yes Aq PMR Tahun Ni Ada Masa Untuk Buat Revision Sabtu Ahad Utk Sbject Laen...
Thanks Bg Taw

napedman said... @ 4:18 PM

knapa dok sibuk sngat x pyah la dok sbuk psl kmi..

kmi yg nk ambik pmr....

Post a Comment