Kerajaan Jepun menawarkan biasiswa kepada rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit itu untuk program Sarjana Muda dan Sarjana bagi tahun akademik 2010.
Menurut kenyataan Kedutaan Jepun di sini, biasiswa itu berbentuk elaun bulanan sebanyak 134,000 Yen (RM4,500) untuk program pengajian Sarjana Muda dan elaun bulanan sebanyak 172,000 Yen (RM6,000) sebulan bagi kursus Sarjana.
Menurut kenyataan itu lagi kursus Sarjana Muda adalah bagi tempoh lima hingga tujuh tahun, bermula April 2010 manakala peringkat Sarjana antara dua tahun dan setahun setengah bermula April atau Oktober 2010.
Biasiswa itu juga meliputi tiket penerbangan pergi dan balik secara percuma sepanjang tempoh pengajian, manakala yuran peperiksaan, kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen dikecualikan.
Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang tawaran di Kedutaan Jepun di Jalan Tun Razak di sini, atau melayari laman web kedutaan di www.my.emb-japan.go.jp bagi mendapatkan maklumat lanjut.

(Sumber: Bernama - 27/02/2009 - 20:23 PM)
Kepada sesiapa yang berminat, cubalah. Hebat tawaran tu.. Semoga berjaya.
1 comments
bagi lepasan matrik teknikal-bagaimana caranya untuk belajar ke jepun dalam bidang kejuteraan dan berapakah cgpa yang diperlukan.
Post a Comment