
Pakej Biasiswa Kecil Yayasan TM yang ditawarkan kepada pelajar yang berjaya dalam permohonan akan menerima kemudahan seperti berikut:
- Elaun poket Rm 1,000 setahun (bagi pelajar Tingkatan 1 - Tingkatan 3)
- Elaun poket RM 1,500 setahun (bagi pelajar Tingkatan 4 - Tingkatan 5)
Pelajar-pelajar yang ditaja kelak juga berpeluang mengikuti program-program pembangunan yang dianjurkan oleh Yayasan TM bagi meningkatkan tahap intelektual dan potensi diri pelajar.
Syarat-syarat kelayakan serta cara membuat permohonan adalah seperti berikut:
SYARAT DAN KELAYAKAN
- Terbuka kepada semua pelajar di Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat pada tahun 2009 di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.
- Calon di Tingkatan 1 mestilah memperolehi 5A bagi keputusan peperiksaan UPSR 2008.
- Calon di Tingkatan 4 mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 6A bagi keputusan PMR 2008.
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
- Mempunyai pendapatan kasar sekeluarga tidak melebihi RM 1,500 sebulan.
Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman web yayasan TM di alamat: http://ytm.tm.com.my
Setelah permohonan dibuat secara online, sila kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut:
- Sijil kelahiran / kad pengenalan
- Slip gaji/pengesahan pendapatan ibu dan bapa/penjaga
- Salinan keputusan UPSR atau PMR 2008
- Surat cerai mati ibu bapa jika berkaitan
kepada
Sekretariat Pemilihan Biasiswa Kecil,
Yayasan TM,
Aras 9 Utara, Menara TM,
Jalan Pantai Baharu,
50672 Kuala Lumpur
Dokumen-dokumen berkaitan perlulah sampai kepada pihak Yayasan TM sebelum atau pada 6 Mac 2009.
Tarikh Tutup Permohonan Online: 28 Februari 2009
KEPUTUSAN PERMOHONAN
- Permohonan yang tidak lengkap atau tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.
- Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan secara bertulis.
- Bagi permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh berkenaan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya. Semakan boleh disemak mulai 7 Mei.
Kepada pelajar yang berminat memohon, dicadangkan rujuk dengan pihak sekolah sekarang untuk membantu pengisian permohonan secara online (untuk mengelakkan kesilapan) dan semakan / pengesahan salinan dokumen-dokumen untuk diposkan (untuk mengelakkan permohonan ditolak atas dokumen tidak lengkap).
Walaupun ada kuota khas untuk anak-anak kakitangan Telekom Malaysia (TM) bagi biasiswa di atas, namun tetap ada kuota untuk rakyat Malaysia biasa. Selamat mencuba, selamat berjaya.
0 comments
Post a Comment