| 1 comments ]

Upin & Ipin - GENG - The Movie

Semua dah tengok Upin & Ipin The Movie? Ho ho PakTeh dah tengok! Haha. Cerita itu bukan sahaja untuk kanak-kanak sahaja, sesuai untuk semua lapisan umur. Kategori 'U' lah. 

Semalam, pergi ke asrama sekolah Zaim bawa dia outing. Dia ada call Makteh yang dia teringin nak tengok Upin & Ipin. Dah tingkatan 2 sekolah agama pun masih ada naluri kanak2 juga? hihi. Selepas solat Zohor di masjid sekolahnya, call ke TGV di Kinta City, katanya seat dah nak penuh. erm.. masa tayangannya 2.45pm. Nak ke sana, tentu 30-40 minit juga.

Nak jadi cerita, tetiba ada kawan MakTeh sms katanya movie Upin & Ipin ada di Five Star Lotus, Sitiawan. Masa terhampir ialah 3.30pm. "Okeh.. kita ke sana." kata Pak Teh. Senyum lebar si Zaim..

Setelah kami menonton bertemankan tiga Popcorn Jumbo (sorang satu), apa komen tentang filem ini? 

B E S T !

Memang keseluruhannya best. Tak mau komen apa-apa samada tentang watak, teknik, plot - semuanya kelihatan teratur dan sempurna. Filem animasi dari Les' Copaque Production Sdn. Bhd. ini memang mengujakan sepanjang 90 minit. Filem kartun itu mampu menjadikan kita ketawa terbahak-bahak, suspense malah nangis, mengalirkan air mata. Ada seorang kanak-kanak di baris depan merengek kat mak dia nak ke tandas selepas panggung ditutup lampu, tak jadi terus.. dia sanggup tunggu sampai habis cerita.. haha.

Latar tempat filem adalah suasana kampung pelbagai kaum di Malaysia. Agaknya kerana itu, ada beberapa keluarga kaum Cina dan India turut menonton petang semalam. Sekurang-kurangnya ada 6 orang kanak-kanak yang PakTeh cam memakai baju t-shirt Upin & Ipin. Siapa sangka Upin Ipin adalah idola kanak-kanak zaman ini?

Tahniah kepada Les Copaque dan krewnya. Difahamkan 40 animator terlibat dalam proses menyiapkan filem ini. 'Thumbs up!" - honestly, filem ini hampir setanding dengan filem keluaran Disney & Pixar. 

Sinopsisnya PakTeh tak mau cerita (maaf), sebab movie terbaik adalah kisah yang kita belum tahu apa kandungan ceritanya. Kalau dah tahu isi cerita, akan jadi tak ummph! PakTeh cadang pergilah tengok bersama keluarga.. di samping ianya menghiburkan - ia juga membantu syarikat produksi tempatan orang kite. 

Maaf sekali lagi.. dah lama PakTeh tak buat entri merapu macam ni.. haha.

Related Posts by Categories



1 comments

Mohd Zarin said... @ 12:22 AM

terima kasih ye pak teh kerana betul2 suka cerita GENG. Saya wakil LCP betul2 terharu dengan sambutan org ramai.

Post a Comment