| 3 comments ]

logo jobsmalaysia.gov.my

Pernah dengar tentang JobsMalaysia? Ia adalah portal rasmi kerajaan - Live from Cyberjaya. Portal ini mewujudkan interaksi secara langsung antara pihak majikan dan pencari kerja. 

Sistem Penjodohan Pekerjaan (JCS) adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini adalah satu modul daripada tiga modul yang terdapat di bawah projek Bursa Buruh Elektronik (ELX). Ia telah dilancarkan pada 30 Mei 2002 oleh YB Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Wira Fong Chan Onn.

Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Menerusi sistem ini juga, pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan boleh menguruskan permohonan pekerjaan yang diterima. Semua kemudahan yang disediakan ini tidak dikenakan sebarang bayaran.

Objektif Sistem

Meningkatkan mobilisasi tenaga kerja negara dan untuk memastikan penggunaan tenaga kerja secara optimum melalui penjodohan pencari kerja dan kekosongan jawatan yang lebih sistematik. Menjadi pusat maklumat pasaran buruh yang boleh dicapai oleh orang ramai samada dari dalam atau luar negeri termasuk para pelajar Malaysia di luar negeri dan pelabur asing.

Bursa Buruh Elektronik

Bursa Buruh Elektronik (ELX) merupakan satu aplikasi di bawah Projek Kerajaan Elektronik iaitu flagship ketujuh bagi Koridor Raya Multimedia. ELX adalah pelaksanaan Fasa I Sistem Maklumat Bersepadu Kementerian Sumber Manusia (KSM) berpandukan kepada Perancangan Sistem Maklumat KSM. Ia mengandungi tiga modul iaitu Sistem Penjodohan Pekerjaan, Pangkalan Data Pasaran Buruh dan Sistem Automasi Pejabat. Ia bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan KSM kepada pelanggan-pelanggannya melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Jika anda mencari kerja, atau majikan yang mencari pekerja - eloklah mendaftar di sana.. www.jobsmalaysia.gov.my. Ianya tempat pertemuan antara majikan dan pekerja secara elektronik. Sekarang maklumat pekerjaan di hujung jari.

Related Posts by Categories



3 comments

a.l.a.n.a.z.a.i.n.a.l said... @ 11:48 AM

pakteh, pin number untuk institut perguruan lepasan SPM dah keluar ke?

PakTeh said... @ 5:31 PM

@alanazainal: tawaran IPG Sesi Julai belum lagi lagi dibuka setakat ini. Biasanya iklan akan dikeluarkan di suratkhabar2 utama, jgn terlepas pada hari minggu. Dalam iklan itu, dimuatkan semua termasuk syarat2 permohonan/kelayakan serta cara membuat permohonan - termasuk tentang no pin BSN.

haimie fie said... @ 7:25 PM

how can i apply for the jobs?

Post a Comment