| 33 comments ]

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon-calon lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang berminat dalam profesion perguruan untuk memohon Kursus Perguruan Lepasan SPM Ambilan Sesi Julai Tahun 2009. 

Berdasarkan hebahan rasmi di laman kementerian, permohonan boleh dibuat di laman berikut:

  • Tarikh Permohonan Dalam Talian Dibuka: 8 Mac - 22 Mac, 2009.
Terdapat 4 buah program dalam Kursus Perguruan Lepas SPM, buat satu pemohonan sahaja:
  1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
  2. Program Kembar Bahasa Perancis
  3. Program Kembar Bahasa Jerman
  4. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Bagi calon lepasan SPM 2008, PakTeh cadang elok mula buat permohonan setelah keputusan SPM keluar pada 12 Mac (Khamis) nanti. Ini kerana tempoh permohonan mencukupi di samping lebih mudah membuat pilihan bidang kursus yang dipohon berdasarkan kelayakan kelak. 

Sebelum keputusan SPM keluar, sebaiknya cuba memahami dengan mendalam segala syarat permohonan dan bidang kursus yang ditawarkan terlebih dahulu pada pautan laman di atas. Iklan penuh juga boleh dirujuk dalam surat khabar utama hari minggu (Ahad 08/03/2009).

Seperkara lagi, ramai yang masih keliru dengan istilah maktab perguruan. Sebenarnya sudah tiada lagi istilah maktab perguruan. Maktab Perguruan telah lama dinaiktaraf kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Ianya di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Dahulu maktab perguruan hanya menawarkan kursus sijil perguruan sahaja; kini di IPGM, anda akan dapat ijazah sarjana muda. Beza nilai kelulusan, beza gred jawatan dan beza gaji - selaras dengan dasar untuk memartabatkan profesion perguruan di Malaysia.

Akhir sekali, belilah segera nombor PIN di BSN berharga RM6.00 dalam tempoh permohonan. Pastikan pengisian maklumat dalam talian nanti dibuat dengan teliti dan betul. Pemohon berjaya saringan pertama akan dipanggil Ujian IMSAK/Temuduga. Teruskan sentiasa buat semakan di laman tersebut dari semasa ke semasa, untuk mengetahui status panggilan temuduga dan tawaran permohonan. Jika berjaya, calon program ke luar negara akan mendaftar bulan Jun 2009 di kolej/institut tertentu, manakala calon 3 program lain lagi akan mendaftar di IPGM pada 13 Julai 2009. 

Tiada sebarang surat panggilan temuduga / tawaran dikeluarkan, semuanya boleh diketahui di laman tersebut. Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya hanya diserah di IPGM/Kolej yang ditetapkan oleh KPM setelah calon melapor diri pada hari pendaftaran. Calon yang telah ditemuduga dan tidak menerima maklumat dalam satu bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.

Semoga berjaya. Semoga menjadi bakal pendidik yang baik untuk bangsa, agama dan negara. Bersedialah untuk berkhidmat walau di mana pun anda ditempatkan.. sama ada di kota, desa atau belantara. Itulah janji anda sebagai guru.

Related Posts by Categories



33 comments

Unknown said... @ 1:37 PM

Salam.Saya sebenarnya seorang pelajar SPM 2009 dalam aliran kemanusiaan.Saya nak tanya apakah subjek yang perlu saya skor untuk memohon ke Institut Perguruan?Untuk pengetahuan Encik,saya berminat untuk menjadi guru sekolah menengah dalam subjek Bahasa Inggeris @ Science @ Guru Kaunseling.Terima kasih...

nurul said... @ 10:11 PM

salam..sy nie lpasan spm 2008 y nk apply u krsus prgruan (KPLSM) k luar ngara..sy cma nak tnya adkah gaji gru y blaja kt mlaysia ngn luar ngara nie brbeza???

balqis said... @ 2:34 PM

assalamualaikum. saya pelajar lepasan spm 08 berminat untuk mohon kursus untuik menjadi guru serni visual. masa interview nanti saya kena melukis ke? apa soalan yang sering ditanya?

balqis said... @ 2:42 PM

saya pelajar spm 08 sudah pun memohon untuk program kplspm. bidang yang saya mohon ialah seni visual.adakah saya perlu melukis untuk interview nanti? selain subjek seni yang perlu skor subjek apa lagi yang diperlukan bagi m\elayakkan diri untuk masuk dalam bidang itu?

balqis said... @ 3:25 PM

masa interview nanti kene melukis ke untuk sesiapa yang mohon program guru seni visual?

siti amninah said... @ 1:04 PM

askum,nk tnye bile keputusan permohonan maktab kluar...

siti amninah said... @ 1:06 PM

askum,nk tnye bile result maktab kluar??itu aje...

Unknown said... @ 12:59 PM

apakah soalan biasa yg ditanya semasa interview itu nanti?
adakah soalan2 seperti tmuduga jpa?

Bad Grammar said... @ 1:59 PM

boleh ke seseorg tu apply IPGM ni gunakan result SPm 2005?

ain said... @ 9:13 PM

salam,
sy pljr lepasan spm 2009.
sy sangat berminat untuk m'jadi seorg guru.
dan sgt b'minat untuk mengikuti kplspm. tp,
sewaktu di sekolah, cuma bnyk pendedhn utk
p'mohonan universiti. sy tidak begitu jelas
tentang cara permohonan ke institut p'didikn guru, tetapi web ini sedikit sebnyk m'bntu sy. harap sediakn maklumat yg lebih terperinci. semoga ianya dpt m'bantu sy untuk mengikuti kursus ini.
terima kasih.
aina_atikah1992008@yahoo.com

wan madey said... @ 9:53 AM

asssalam.
sy juga lepasan spm 2009 dan amat berminat utk menjadi seorg tenaga pengajar.
tp masih lagi musykil,
sy tidak tahu bagaimana utk sy melibatkan diri kearah cita2 sy tersebut.
harap dpt bntu sy.

wmahdzir@yahoo.com

asrul007 said... @ 3:20 PM

assalamualaikum,,, saya calon lepasan SPM 2009,, saya mengambil aliran teknikal dalam bidang kejuruteraan mekanikal, dan saya berminat untuk menjadi guru matematik modern dan matematik tambahan,, saya mahu tanye, bagaimana cara untuk mencapai cita-cita tersebut?,

Cekgu Zu said... @ 11:31 PM

hha...gaji sama lorh..mane beza..ko g blajar je kat luar negara.tp gaji berdasarkan gred lorh..

sbnarnya ...ad sesetangh akan mndapat kos yg berlainan drp yg diminta.

tp , terima je...face it and do it. dun ever decline it..

si nelayan said... @ 3:00 PM

salam.saya nak tanya,sya lpsn spm 08,dan jika sy ingin memohon,gred spm yg bgaimana diperlukan dan interview nanti,adakah akan diadakan berhampiran sya..atau bgaimana..??diharap pakcik dpt blas di blog saya..

any said... @ 3:29 PM

Saya menduduki spm pada tahun 2000.Adakah saya layak untuk mengikuti kursus perguruan lepasan SPM, sedangkan saya ada Diploma Perakaunan?

sue said... @ 1:40 PM

salam..
sy nk taw..
bleh tak lepasan spm 2006 apply IPGM??

ique said... @ 11:20 PM

salam,saya pelajar lepasan SPM 2009 dan berkhidmat sebagai guru sandaran di salah sebuah tadika...saya sangat meminati profesyen guru malah keputusan SPM saya juga melepasi syarat2 yg termaktub dalam permohonan IPGM...saya juga berharap web ini dapat memberi pendedahan mengenai prospek profesyen perguruan ngan lebih terperinci..soalan2 lazim yg ditanya semasa temuduga..dan sebagainya..harap dapat membantu saya...1) arctophilecraze_fiffykamisruddin@yahoo.co.uk
2)iquekamis@ymail.com

meilee said... @ 8:15 PM

sy sedang menuntut d kolej dgn mgambil bidang diploma pendidikan awal kanak2.masala saya sekarang berpeluangka sy utk memasuki mana2 bidang perguruan prasekola terutamanya d dalam sektor kerajaan?layak ka kursus yg sy ambil ini utk membuat permohonan ke sektor krajaan?
email: meioewell_85@yahoo.com

shafida_naiem said... @ 10:29 PM

salam..
macamne nk dptkn kptusan untuk temuduga nnti??
sy plajar lpasan SPM 2009..

AnnaAlya said... @ 11:20 AM

salam...
sy lepasan spm 2005. cmne nk mohon borang mktab klau guna sijil spm...ade cara laen x sbb sy skrg ni bru lps diploma uitm tp pointer x bpe best la..cri jgk borang mktb tp utk spm 2008 jek. tlg sy.....=(

ique said... @ 4:01 PM

saya telah memohon KPLSPM 2010...dan sy ingin tahu bilakah panggilan temuduga??

Unknown said... @ 4:51 PM

salam... saya pelajar lepasan spm09...
saya dapat tawaran temuduga kplspm.. tapi saya tak dapat pergi interview tu...
adakah saya akn dikenakan sebarang tindakan??

Unknown said... @ 10:59 PM

asalamualaikum...saya nur syahidah,pelajar lepasan SPM2009...saya tidak diterima untuk kemasukan temuduga kplspm ambilan jun 2010 ini...Bagaimanakah saya ingin membuat rayuan bagi kplspm nie??saya berharap mana-mana pihak dapat membantu saya untuk mencapai impian saya menjadi seorang pendidik..

kie.busy said... @ 5:42 PM

salam. saya ingin bertanya apakah soalan yang sering ditanya untuk temuduga kemasukan maktab dalam bidang ENGLISH. terima kasih

xiaojuan said... @ 1:56 PM

Selamat petang, saya ingin tanya bolehkah pelajar lepasan SPM 1992 memohon kemasukan perguruan?
EMAIL: suejuan@gmail.com

Ashley Tristan said... @ 6:07 PM

Well I am interested in becoming a teacher forEnglish Language... So what are the procedure of becaming a teacher?

Laile Azmi said... @ 9:56 PM

salam. saya pelajar lepasan spm 2008. boleh ke saya nak apply kursus perguruan lepasan spm untuk tahun 2011? saya pernah mendapat tawaran temuduga untuk kplspm pada tahun 2009, tapi saya gagal menghadiri temuduga tersebut. saya adalah pelajar jurusan perubatan yang terpaksa bertukar course due to certain issues. adakah saya masih berpeluang? saya seriously perlukan jawapan.
thanks! :)

Laile Azmi said... @ 10:35 PM

eh jap. saya lahir 29 ogos 1991. maksud saya untuk apply tahun depan.
thanks again :)

awie said... @ 8:43 AM

slam.sy plajar lepasan spm 2009.sy nk tahu kplspm ada x panggialan kedua.Secondly,boleh x sy nk mohon untuk kplspm yg akn dtg??hrp boleh jawab soalan sy nie.terima kasih

neary said... @ 5:42 PM

sy pljar lpsan 2006,msh dpt ke sy memohon msk maktab nie wlpun sy tak da experience like cikgu sndran.but i like be a teacher la.lme dah sy cbe2 nak mohon nie tp 1 pun tak pat.sy mohon cikgu sandaran pun tak da jwpn lgsg dr kementrian.jd camner nak apply msk maktab nie.sy nak berminat sgt la nak jd cikgu nie.tolong sy encik camner sy nak apply bnde nie.thanks.

neary said... @ 5:47 PM

ble lg ambilan ke maktab di buka???tolong bgth sy dulu.. thanks ya

Unknown said... @ 7:01 AM

i love english...n im intrestd in bcming 1..
i graduate spm on 2007...please inform me if there's a new aplication form for english teacher next year(2011)..TQ

iklil-insyirah said... @ 6:48 PM

salam,sy pelajar universiti diploma yang tak ada minat langsung dalam bidang yang sy pelajari,sebaliknya sy amat meminati bidang perguruan dan sy nak tnya bagaimana sy nak menjadi seorang calon yang terpilih memasuki maktab? tolong la sy betul-betul berminat dalam bidang ini..

Post a Comment