| 5 comments ]

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempelawa jika anda mempunyai impian untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam bidang kejururawatan, farmasi, radiografi, teknologi perubatan mahupun pergigian. Anda dipelawa merebut peluang bagi mengikuti program latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil di institusi-institusi latihan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi sesi pengambilan Julai 2009 dan sesi Januari 2010.

Kita lihat apakah program ditawarkan, kelayakan, insentif serta cara membuat permohonan.

PROGRAM LATIHAN BERTARAF DIPLOMA

A. Program Separa Latihan

  1. Juru X-Ray Pelatih
  2. Jururawat Pelatih
  3. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) Pelatih
  4. Jurupulih Perubatan (Anggota) Pelatih
  5. Pembantu Farmasi Pelatih
  6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pelatih
  7. Pembantu Perubatan Pelatih
  8. Juruteknologi Makmal Perubatan Pelatih
  9. Juruteknologi Pergigian Pelatih
  10. Jururawat Pergigian Pelatih (Perempuan sahaja)

B. Syarat Kemasukan

  • Program pengajian 3 tahun
  • Dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kelayakan - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 2 kepujian dan 4 lulus termasuk Lulus Bahasa Malaysia/Melayu serta Ujian Lisan di peringkat SPM.
  • Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian Bahasa Malaysia, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

PROGRAM LATIHAN BERTARAF SIJIL

A. Program Separa Latihan

  1. Pembantu Pembedahan Pergigian Terlatih
  2. Pembantu Kesihatan Awam Pelatih (Lelaki sahaja)
  3. Jururawat Masyarakat Pelatih (Perempuan Sahaja)

B.1.1 Syarat Kemasukan (no. 1 & 2) :

Kelayakan - Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat PMR (Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian Bahasa Malaysia dan Sains).

B1.2 Syarat kemasukan (no. 3) :
Kelayakan - Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan 2 kepujian dan 4 lulus termasuk Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu serta Ujian Lisan di peringkat SPM (Keutamaan kepada calon yang mendapat Kepujian Bahasa Malaysia dan Sains).

CARA MEMOHON

  • Permohonan adalah secara online (Borang SPA8i) di laman www.spa.gov.my
  • Tempoh sah laku permohonan adalah satu tahun.
  • Maklumat lanjut berkenaan deskripsi tugas, syarat-syarat lantikan dan status permohonan lengkap yang didaftarkan boleh disemak oleh pemohon melalui laman web www.spa.gov.my

INSENTIF & KERJAYA
  • RM 621.21 - Biasiswa Bulanan (Program latihan bertaraf Diploma)
  • RM 517.15 - Biasiswa Bulanan (Program latihan bertaraf Sijil)
  • RM 250.00 - Elaun Buku (Setiap tahun)
  • RM 25.00 - Elaun Alat Perkakas (Sekali sahaja)
  • RM 90.00 - Elaun Kertas Projek (Setiap tahun)
  • Penginapan, pakaian seragam dan kasut disediakan.
  • Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan dilantik ke jawatan berkaitan untuk berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

MAKLUMAN LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh hubungi: Unit Separa Perubatan Bahagian Pengambilan Khas di talian 03-8885 6254 / 6264 / 6296.

Sesi kemasukan latihan adalah pada Januari dan Julai setiap tahun. Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga dan ujian khas.

Related Posts by Categories



5 comments

Anonymous said... @ 6:53 PM

salam....saya da check laman web spa tu..tp saya tak nampak pun link untuk permohonan ni?...boleh bantu saya?

Reilly Engelo said... @ 9:55 AM

mature applicants tak boleh apply ye?

nora j said... @ 10:35 AM

since ekonomi down nihh..ramai pulak yang nak jadik cikgu. bila belajar di IPT sumer bertudung..tapi bekerja sbg kupu2 malam..dah terantokk baru tengadah!!

saya ibu kepada pelajar di SRK Bukit Nanas nak buat aduan pasal hal cikgu sandaran baru di sekolah ni. anyone can tell me where to lapor ?? Guru Besar tak check ker?? This Ms Juliana Alimun was appointed as a "TEACHER" in this school. Sesiapa yang bekas student kat sini mesti malu kalau tau cikgu2 disini TIADA MORAL! RENDAH AKHLAK! This person got no achievement from any IPTA..kalau tak percaya tolong check dengan ITM Pulau Pinang. Belajar Tak abis, SPM SAP..how can she be a teacher, if b4 this she is a GRO ?? Pleaseee.. I need someone to help me to makea BIG COMPLAIN for this!!! I know this thing from my son, saw his teacher naked in porn web !!!

Unknown said... @ 11:32 PM

hi, i suggest that you may collect all the evedance ecording to your report means about that teacher and bring all the evedance and letter writen by you regarding the report and complain in Pejabat pendidikan daerah or pejabat pendidikan negeri. that will be better choice. but please make sure that all your report are true and not just and assumtion. then latter you will face problem also. so make sure you are fine and have true informations about that teacher. then make sure you bring two copies of complain latter, one you summit there and another one you try to get sign or cop of receive latter, may be from the person.officer you have summit the latter, its will be you evidance that yiu alredy summit the latter to them. i think that hopefully they will take action on that. but be carefull,double confirm that all the information you have about that teacher is true ok. thanks. bye.

lil_noty_sperm said... @ 4:59 PM

sila search kat google borang pendaftaran SPA then daftar menggunakan no I/C dan email anda..lepas tu buka email utk pengesahan dan log in mnggunakan kata laluan yg diberi di email.. then tukar kata laluan baru and dah boleh isi borang mintak keje ngan belajar..borang tu sekali je..

Post a Comment