| 2 comments ]

Apabila sejumlah 6,277 calon peperiksaan SPM 2008 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran (straight A's) yang diambil berbanding 5,060 calon pada 2007, ramai orang mempertikaikan sistem skema pemarkahan SPM telah direndahkan. Bayangkan, peningkatan itu adalah 24.05% !

Adakah sistem skema pemarkahan telah 'dipermudahkan' untuk menghasilkan kualiti keputusan yang semakin baik? Adakah graf peratus kelulusan markah setiap kertas peperiksaan dimanipulasikan di Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Majlis Peperiksaan Malaysia untuk 'mewujudkan' prestasi kuantiti dan kualiti SPM agar 'nampak' terus meningkat?

Kita lihat apa komen Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia tentang hal berkenaan..

Skema permarkahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak pernah direndahkan hingga menyebabkan lebih ramai pelajar memperoleh gred A.

Sebaliknya, bilangan pelajar pintar semakin ramai yang berkemampuan memperoleh keputusan cemerlang dalam skema permarkahan SPM yang tinggi standardnya serta dinilai pakar antarabangsa.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata sistem permarkahan SPM diterima untuk kemasukan ke universiti luar negara.

"Empat pakar dari badan antarabangsa telah menilai skema permarkahan kita, jadi tentulah standard permarkahan itu semakin tinggi.

"Kita tak pernah turunkan standard pemarkahan (SPM) tapi hakikatnya pelajar makin pandai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada 79 pelajar cemerlang dari sembilan buah sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) yang menerima anugerah pelajar cemerlang SPM 2008, termasuk seorang pelajar orang kurang upaya (OKU), di Kuala Lumpur hari ini.

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan, mencipta sejarah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM dengan mendapat 19 1A dan satu 2A.

Salah seorang penerima anugerah, Wong Jun Kit, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Selatan yang memperoleh 12 1A, berkata beliau berbangga kerana dapat menerima anugerah ini dan berjanji untuk terus menjadi pelajar yang cemerlang di peringkat pengajian tinggi pula.

"Lepas ini saya akan menyambung pelajaran di luar negara dan berharap dapat menjadi seorang jurutera kimia yang berjaya," katanya.

Wong Kit Yeng, 18, yang juga memperoleh 12 1A berkata beliau tidak mengamalkan apa-apa resepi belajar yang luar biasa untuk memperoleh keputusan cemerlang.

Selain pelajar, anugerah kecemerlangan itu turut diberikan kepada sekolah angkat yang cemerlang dalam keputusan SPM 2008 yang diraih oleh SMK Seri Bintang Selatan.

(Sumber: Bernama - 24/03/2009 - 15:10 PM)

Nampak kan?.. apabila semua orang semakin pandai, bermakna persaingan akan terus sengit untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi. Ianya bukan sahaja tempat belajar, malah persaingan mendapatkan biasiswa. Teruskan berusaha.

WHEN THE GOING GETS TOUGH
THE TOUGH GET GOING


Related Posts by Categories



2 comments

YoshaMaDa said... @ 4:20 PM

Kami tahu di mana tahap pencapaian kami..

ME said... @ 12:10 AM

Skema permarkahan direndahkan? Saya tidak tahu.
Yang saya tahu ialah soalan-soalan SPM seperti Bahasa Inggeris, dan terutamanya subjek aliran Sains: Mathematics, Additional Mathematics, Physics, Chemistry & Biology semakin senang. Jika senang, ramailah pelajar boleh jawab dengan baik. Jadi semakin ramai pelajar mendapat keputusan yang sangat baik.

Bukan sahaja soalan senang, malahan sukatan pelajaran pun tidak komprehensif. Kita perlu mendedahkan kepada pelajar kita sesuatu subjek itu dengan lebih mendalam supaya apabila mereka keluar daripada Tingkatan 5, mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan lebih senang & mampu bersaing dengan pelajar antarabangsa seperti pelajar dari Singapura. Pelajar Singapura dalam usia yang sama seperti pelajar di Tingkatan 5 di Malaysia sudah jauh meninggalkan kita. Mereka tahu lebih banyak perkara daripada pelajar Tingkatan 5 di Malaysia. Kerajaan Singapura menajadikan pendidikan yang berkualti tinggi sebagai teras pembangunan Singapura. Tidak hairan, Singapura lebih maju daripada Malaysia walaupun negara mereka lebih kecil daripada kita. Pelajar mereka mampu bersaing dengan pelajar daripada negara yang maju seperti Australia, China, Jepun, Korea, Amerika Syarikat, U.K., New Zealand dan ramai lagi. Pelajar Malaysia tidak dapat dibandingkan dengan mereka.

Post a Comment