| 9 comments ]

Kementerian Pelajaran akan melantik seramai 1,000 orang siswazah sebagai guru sekolah secara kontrak berikutan peruntukan kerajaan sebanyak RM48 juta bagi program Tenaga Pengajar Secara Kontrak seperti yang diumumkan di dalam mini bajet baru-baru ini, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata peluang ini dibuka kepada semua peringkat pencari kerja, sama ada di kalangan graduan baru atau mereka yang sedang mencari pekerjaan, yang proses pengambilannya akan bermula dalam tempoh terdekat.

"Tawaran akan dikeluarkan di portal Kementerian Pelajaran sedikit masa lagi dan pengambilan guru-guru kontrak ini akan melibatkan semua jenis dan kategori sekolah, sama ada Sekolah Rendah atau Menengah di seluruh negara.

"Ia akan turut melibatkan keperluan untuk melantik guru di semua jenis sekolah di seluruh negara termasuk Sekolah Sukan, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Agama dan lain-lain lagi," katanya di dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata guru yang terpilih dijangka dapat memulakan perkhidmatan selewat-lewatnya Mei tahun ini.

Hishammuddin berkata kementeriannya sedang menunggu syarat-syarat pelantikan yang sedang diselaraskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi digunakan oleh semua kementerian.

"Kementerian bagaimanapun telah membuat persediaan bagi membuat pelantikan ini demi memastikan segala keputusan yang dihasratkan menerusi pakej rangsangan ekonomi kedua dapat dilaksanakan seberapa segera," katanya.

(Sumber: Kenyataan Akhbar - 20/03/2009)

Related Posts by Categories



9 comments

Unknown said... @ 10:24 AM

bila agaknya ye pengambilan guru kontrak ni

Unknown said... @ 10:25 AM

tlg bls ye

Unknown said... @ 10:33 AM

bila agknya tarikh pengambilan guru kontrak

ashu said... @ 12:11 AM

aahh nk tau gak biler tarikhnyerrr... tgk kt web cm lom da jer lg

Guru Cyber said... @ 10:14 PM

Kepada sesiapa yang nak dapatkan tips temuduga boleh lawat link di bawah:

http://kpli2u.blogspot.com

Unknown said... @ 4:03 PM

result iv jwtn nie dah tau ker

Eddie said... @ 3:23 PM

saya akan tamat pengajian di IPTS kelak dan berminat menjadi guru fizik di SMK. Apakah cara memohon dan gred harus dipohon serta kelayakan diperlukan? Perlukah menghadiri sebarang khusus?
Di manakah boleh dapat imformasi yang berkaitan?

idachem said... @ 4:40 PM

guru siswazah kontrak utk sesi persekolahan 2010 adakah akan disambung atau tidak?

Unknown said... @ 11:53 AM

hi sume..nk tanye, klu cm sy bru grad diploma pndidikan dr ipts, cmne nk apply cikgu eh..btl2 sy xtau..tlg eh sape2 yg tau cara nk apply..

Post a Comment