| 6 comments ]

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada 12 Mac (Khamis) ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, dalam kenyataan hari ini berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

"Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri," katanya.

Alimuddin berkata, pengumuman analisis keputusan SPM dan STAM 2008 akan diadakan serentak pada 12 Mac jam 9 pagi di Putrajaya.

Seramai 442,936 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaanSPM 2008 dan daripada jumlah itu 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, 16,019 (3.6 peratus) calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu, 10,331 (2.3 peratus) calon sekolah swasta dan 28,507 (6.5 peratus) calon persendirian perseorangan, katanya.

Alimuddin berkata, sebanyak 3,939 pusat peperiksaan disediakan untuk peperiksaan itu di seluruh negara. Peperiksaan bertulis SPM 2008 dijalankan dari 11 November hingga 5 Disember 2008.

Bagi peperiksaan STAM pula, katanya, seramai 6,240 calon mendaftar untuk mendudukinya, dengan 886 atau 13.9 peratus adalah calon sekolah bantuan penuh kerajaan; calon sekolah agama tadbir kerajaan negeri 4,219 (67.6 peratus); calon sekolah agama rakyat dan swasta 788 (12.6 peratus) dan 367 (5.9 peratus) calon persendirian.

(Sumber: Kenyataan Akhbar - 05/03/2009)

Related Posts by Categories



6 comments

fAzRuL said... @ 10:23 PM

Ya Allah,kurniakanlah keputusan yang paling terbaik kepada pelajar pelajar SPM 2008..Gembirakanlah hati mereka,ibu bapa mereka,guru-guru mereka dan seluruh umat islam di Malaysia...
Amin Ya Rabbal Allamin...

NURUL ATIRAH ABD RAHIM said... @ 6:24 PM

Ya Allah,kurniakanlah keputusan yg cemerlang kepada pelajar2 SPM 2008..Ya Allah berikan aku dan kwn2ku kptsan yg cemerlang..Amin Ya Rabbal Allamin..

NURUL ATIRAH ABD RAHIM said... @ 6:26 PM

Ya Allah,kurniakanlah keputusan yg cmrlang kpd pljr2 SPM 2008..Ya Allah,kurniakanlah aku dan kwn2ku kptsn yg cmrlang..Amin Ya Rabbal Allamin..

syamim91 said... @ 10:08 AM

ya Allah, kurniakanlah keputusan SPM yg cemerlang buat diriku dan juga rkn2ku dan berikanlah tempat yg terbaik utk mnymbungkan pelajaran.Amin Ya Rabbal allamin

Lie said... @ 12:57 PM

Ya ALLAH ya tuhan kami,hanya pada mu kami memohon,kau berikanlah kami satu keputusan yang cemerlang dalam ujian SPM 2008 yang telah kami lalui... terutama kepada pelajar2 SMK BUNUT SUSU 2008(5sn1,5sn2,5ak,5sp,5p&5mpv)..berikanlah kami peluang untuk menggembirakan hati kedua ibu & bapa kami ya ALLAH....Hanya engkau lh yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Amir Sabrin Mohammad Ali said... @ 10:32 PM

marilah kita bersama-sama bermunajat dan memohon kpd ALLAH SWT supaya keputusan spm dan stam menjadi keputusan yang cemerlang hendaknya.

Post a Comment