Biro Tatanegara (BTN) akan menganjurkan kursus dan seminar untuk memperjelaskan konsep 1Malaysia agar rakyat lebih memahami gagasan yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan berkata kursus dan seminar konsep Satu Malaysia yang berteraskan 'Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' itu akan diadakan di kem-kem Bina Negara di seluruh negara tidak lama lagi.
"Tidak dapat dinafikan ramai rakyat yang masih tertanya-tanya dan keliru dengan konsep 1Malaysia. Sehubungan itu, BTN akan memberi fokus untuk memperjelaskan konsep 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melawat Pejabat Biro Tatanegara di Kuching, Khamis.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata kursus dan seminar dijangka bermula pada tahun ini dan kakitangan sektor awam serta swasta merupakan kumpulan sasar utama untuk menghadiri kursus yang bakal diperkenalkan BTN itu.
Sementara itu, Ahmad berkata kem bernilai RM23 juta di Sempadai, Lundu dekat sini dijangka siap pada Disember ini untuk melaksanakan aktiviti program bina negara.
Beliau berkata kem yang kini 60 peratus siap itu boleh menampung 150 orang untuk setiap sesi kursus atau seminar.
(Sumber: Bernama - 4/6/2009 - 22:10pm)

0 comments
Post a Comment