| 0 comments ]

Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) akan mewajibkan semua remaja berusia 18 tahun ke atas mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjelang 2014, kata Pengerusinya Datuk Dr Tiki Lafe hari ini.

Namun begitu, beliau berkata remaja yang mengalami masalah kesihatan mental, tergolong dalam golongan orang kurang upaya (OKU), tahanan dan mereka yang menghidap penyakit berjangkit akan dikecualikan menyertai program tiga bulan itu.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) juga mahu penglibatan semua remaja yang berusia 18 tahun ke atas di negara ini dalam PLKN.

"Ini adalah sasaran awal pelaksanaan PLKN sejak tahun 2004 tetapi kita menghadapi kekurangan sumber untuk menyediakan prasarana latihan serta jurulatih," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan PLKN Kumpulan 2 Siri 6/2009, di Kem Puncak Permai Bau, dekat sini, Ahad.

Pada masa ini, remaja yang berusia 18 tahun ke atas dipilih secara rawak untuk mengikuti PLKN di 83 buah kem di seluruh negara.

(Sumber: Bernama - 7/6/2009 - 18:18pm)

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment