Selepas kenduri di Tebuk Yan, PakTeh ke Kg. Gajah, sebuah pekan di Pasir Salak. Ke sekolah yg ditawarkan utk Zaim yg satu lagi. Sekolah tu lebih 20 minit berbanding dgn SMKA Sultan Azlan, Bota. Kalau dari Bota Kanan hala ke Kg. Gajah, kita ambil simpang kiri menghala Tg. Tualang. Dalam 3 km, sampailah ke sekolah itu. Satu km sebelum MRSM Kg. Gajah.
SM Raja Dr. Nazrin Shah (SMRDNS) ini salah satu dari 3 buah sekolah menengah agama di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Perak, selain SM Izzudin Shah & SM Raja Perempuan Ta'yah di Ipoh. Proses kemasukkannya bukan berdasarkan UPSR, tetapi melalui Ujian Kelayakan Khas pada Oktober lalu. Ada dua ujian, iaitu bidang agama & akademik.
SMRDNS adalah sekolah agama negeri yang muridnya lelaki & perempuan, berbeza dengan Izuddin (lelaki sahaja) dan Ta'yah (perempuan sahaja). Sekolah ini juga baru 4 tahun, oleh itu kemudahan infrastrukturnya lebih baru dan moden.
Kalau diikut result PMR, terbaru ni - SMRDNS 17 dapat 9A berbanding SMKA Raja Azlan (12 orang) dan Izzudin (10 orang). Untuk makluman, semua sekolah aliran agama (termasuk Sekolah Berasrama Penuh [SBP] dan Rancangan Khas Negeri) mengambil 9 subjek utk PMR, dgn tambahan subjek Bahasa Arab Komunikasi. Murid2 yg dapat 8A memang cukup ramai dari setiap sekolah. Bagusnya, murid2 ada peluang menambah ilmu di bidang agama untuk SPM, selain aliran sains seperti biasa.
Dikatakan sejak kebelakangan ini, prestasi SMRDNS semakin baik. Di samping kemudahan2 yang ada, Kerajaaan Negeri banyak beri bantuan. Ini termasuk dermasiswa RM150 (6 bulan sekali) tanpa mengira latarbelakang keluarga. Jika yg kategori kurang mampu, dermasiswanya lebih tinggi. Bagaimanapun, syarat utama pengekalan dermasiswa berkenaan ialah prestasi dalam Bahasa Arab dalam tiap peperiksaan.
Seperkara lain, Raja Muda Dr. Nazrin Shah sendiri dikatakan kerap melawat sekolah ini. Kan, sekolah ni ada 'nama'nya. Selain itu, setiap sultan juga adalah ketua dalam hal ehwal agama di negeri masing2. Baguslah, selalu buat pemantauan. Cuma mungkin guru2nya tak rasa selesa sikit kot.
Masuk ke sekolah itu, Zaim kata: "Uuuh.. lawanya!". Memang sekolah itu cantik tersusun, dihiasi dengan landskap yang amat menarik. Rasanya 3 kali ganda baiknya dari SMKA Sultan Azlan Shah sendiri. Sekolah pula baru. Padang luas, tetapi sekarang ada kerja pembinaan di tengah padang, mungkin nak bina pentas atau mini stadium.
Sekolah ini juga ada sebuah masjid yang unik. Walau bangunannya satu, tetapi ruang solat lelaki & perempuan dipisahkan, oleh sebuah mini taman di tengah2nya. Ruang solatnya luas, penuh dengan sumber2 ilmu dari mini khutub khanah di setiap tiang. Dikatakan, usrah & tazkirah sentiasa dijalankan selepas maghrib.
Foto Kiri: Pintu masuk ruang solat lelaki. Ada langsir. Bersih dan teratur .
Foto Kanan Atas: Ruang solat perempuan dipisahkan dari lelaki. Sejuk mata memandang.
Foto Bawah: Masjid sekolah dari hadapan. Nampak kecil, dalamnya luas.

Galeria, Bulatan (kurma) dan mini air terjun.

Kami tumpang solat Zohor di sini. Antara tempat2 solat yang 'sejuk' yang PakTeh pernah rasa.
6 comments
happy new year!
woof!
Happy New Year, Bryan. :)
dh lama tak ke sekolah... rindunye,,
sekolah saya...~~
wiee...~~ \(^^)/
hmm...rindunye ngan sarjana...bile la boley dtg sane lagi
Untuk pengetahuan , singkatan untuk SM Raja Dr. Nazrin Shah adalah SARJANA dan MRSM yang berhampiran adalah MRSM Pasir Salak dan bukannya MRSM Kampung Gajah . Serta , SARJANA terletak di Kampung Gajah begitu MRSM PAsir Salak . Entah kenapa MRSM itu dipanggil sedemikian sedangkan pekan Pasir Salak terletak berhampiran dengan pekan Kampung Gajah . Kita tau sebab adik kita budak SARJANA . Kita cuba nak minta MRSM , kalau dapat Pasir Salak senang le mak nak hantar kami adik beradik nanti !
Post a Comment