| 5 comments ]

Pukul 11.00 pagi ni, PakTeh nak ambil Zaim di asrama. Kemudian terus bergerak ke Batang Kali - Kuantan. Tidur semalam. Kemudian ke Kuala Terengganu (semalam) - Kota Bharu (semalam). Akan cuba singgah di rumah Mak Long di Gerik (semalam) kemudiannya. Balik pada Ahad, dan terus hantar Zaim ke asramanya. Tough journey, i think. Route yang dipilih sama seperti dalam rancangan bulan 12 hari tu, tapi stranded di Bukit Fraser sebab banjir, hehe. Harap2 kali ni berjaya la projek PakTeh, Insya Allah.

Sebenarnya, PakTeh tak boleh duduk di rumah dalam musim Raya Cina. Berdentum-dentam siang-malam. Malam sampai subuh, tak boleh tidur. Kenapalah penguatkuasaan larangan mercun di sini tak jalan? Bukan tak pernah buat aduan, telefon dan surat rasmi. Nak tunggu masuk paper ke?

Dengar khabar, PakTam & MakTam akan ke Pantai esok hal rumahnya di Seri Iskandar. Tak dapat jumpa nampaknya. Tak apalah. Bagaimanapun, selamat bercuti semua. Semoga semuanya selamat pergi, selamat sepanjang perjalanan dan selamat kembali. Salam untuk semua.

Related Posts by Categories



5 comments

Pak Ngah: said... @ 6:00 PM

:: salam... selamat pergi... selamat dlm perjalanan... dan selamat kembali.

:: berhati2 dlm perjalanan... pastikan kaki tak terlebih tekan pedal minyak... sebab 120km/jam tu dah boleh dikira laju tuu...

:: salam utk MakLong sekeluarga nanti... dan salam utk semua...

:: di trengganu... cuba cari tempat minum GELAS BESAR... yang saiznya 3 kali ganda gelas biasa... mak datok... tepi jalan je... mudah dicari... ambik gambar gelas tu utk entri akan datang...

Cikgu Hakim said... @ 9:19 PM

slmt berjalan2.. hati² sms perjalanan. krim slm pada mak yerr. akim dapat gerak sampai melaka jer, budjet x cukup nak balik ke nenering :) ingat bln 3 baru balik perak..

PakTeh said... @ 11:14 PM

salam PakNgah & Akim: terimakasih atas doa, nasihat & ingatan. kalau sampai Nennering, Insya Allah salam & mesej disampaikan.

Terengganu - ada gelas besaq triple aaa? wah, boleh peghabih ka? haha. ok nanti cuba cari. tapi kat mana tu?

Pak Ngah: said... @ 11:00 PM

:: salam... kalau tak silap tepi jalan besar dari airport nak ke Bandar Kuala Trengganu... tanya2 le... kedai tu jual air buah jugak...

:: harap jumpa... kahkahkah...

PakTeh said... @ 11:15 PM

dah cuba cari la PakNgah, tapi tak terjumpa jugak la. mungkin lain kali, baru jumpa agaknya.

Post a Comment