| 4 comments ]

05 Februari, 2008 19:16 PM

PUTRAJAYA, 5 Feb (Bernama) -- Pendeposit Tabung Haji dijangka boleh melakukan transaksi di Mesin Juruwang Automatik (ATM) bank menjelang separuh pertama tahun ini, susulan rancangan Lembaga Tabung Haji memanfaatkan prasarana sedia ada.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Ismee Ismail hari ini berkata Tabung Haji perlu menanggung kos yang tinggi bagi menyediakan jaringan ATMnya sendiri.

Oleh itu buat permulaan, ia mengkaji untuk menjalin kerjasama dengan Bank Islam, yang merupakan anak syarikat milik penuhnya, bagi menyediakan kemudahan berkenaan. Bank Islam mempunyai 296 ATM di seluruh negara.

Tabung Haji hari ini mengumumkan pengagihan dividen tujuh peratus sebanyak RM1.051 bilion untuk tahun 2007, jumlah tertinggi dalam tempoh 44 tahun penubuhannya. Ia melibatkan dividen lima peratus berjumlah RM751 juta dan tambahan dua peratus dividen khas sebanyak RM300 juta.

Dividen terbabit akan diagihkan ke dalam akaun 4.2 juta pendeposit Tabung Haji pada 10 Feb, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdullah Md Zin di sini hari ini.

Pada tahun lepas, pendeposit Tabung Haji menerima dividen 4.75 peratus. Alhamdulillah.. nampaknya naik ke 7% tahun ni. Walau orang kata, dividen musim pilihanraya - ia tetap rezeki untuk pendeposit Tabung Haji dan yang bagusnya: dah siap dipotong zakat. Semoga pengstrukturan baru pengurusan LUTH akan terus memertabatkan syiar Islam ke tahap sewajarnya, Insya Allah.

Related Posts by Categories



4 comments

TokMoh said... @ 9:35 PM

Baguih la kalau mcm tu,senang nk perabih duit.hehehe.Mmg patut pn Tabung Haji punya ATM, sng pendeposit nk kuar duit.

PakTeh said... @ 11:45 PM

salam tokmoh:
itu isu yg Tabung Haji kena selesaikan. sampai bila pendeposit kena berbaris ambil tiket giliran, semata2 untuk keluar duit. zaman dah makin moden, takkan masih nak guna kaedah pejabat pos zaman dedulu? hehe.

Pak Ngah: said... @ 5:53 AM

:: salam... konsep asal LUTH adalah simpanan wang untuk menunaikan fardhu haji... agar orang kampung/luar bandar tidak menjual tanah dan bergolok bergadai... diusulkan oleh Ungku Aziz...

PakTeh said... @ 7:57 AM

salam PakNgah: betul tu. Pak Ungku memang bervisi tinggi dalam ekonomi. susah nak cari orang lain macam dia. penubuhan ANGKASA juga dengan ideanya.

semoga Tabung Haji terus berkembang dalam bisnes segah namanya di dunia dalam ha ehwal pengurusan haji.

Post a Comment