| 4 comments ]

February 25, 2008 23:43 PM

KUALA TERENGGANU, 25 Feb (Bernama) -- Sehari selepas disahkan sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu, kehidupan seorang nenek Maimun Yusof, 89, jelas berbeza. Jika sebelum ini beliau sibuk menjual kain batik dan songket, tetapi pada hari ini, ibu tunggal kepada seorang anak, tujuh cucu dan 19 cicit itu, sibuk membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum 8 Mac.

Sejak awal pagi, beliau yang bertanding atas tiket Bebas sudah keluar rumah untuk berkempen dan memperkenalkan dirinya kepada pengundi di kawasan itu dengan menggunakan basikalnya.

"Pagi ni, saya juga terpaksa ambil gambar dan siapkan poster-poster untuk bahan kempen," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Hasrat Maimun yang berasal Kampung Gong Gemia dekat sini untuk menjadi calon akhirnya tercapai apabila diterima untuk bertanding pada pilihan raya kali ini, selepas gagal berbuat demikian sejak empat pilihan raya lepas. Ini kerana sebelum ini kertas pencalonannya ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak memenuhi syarat.

Maimun akan berdepan dua nama besar iaitu penyandang kerusi tersebut, Datuk Razali Ismail (BN) yang merupakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Menurut Maimun, anaknya, Khuzaimah Abdullah, 50, yang tinggal di Paka dekat Dungun, tidak bersetuju dengan tindakan beliau bertanding pada pilihan raya. Katanya anaknya itu tidak berpuas hati dengan tindakannya yang mengeluarkan simpanan untuk membayar wang pertaruhan sebanyak RM10,000 dan RM5,000 untuk deposit bahan kempen.

"Tetapi, Insya-Allah dengan pertolongan Allah, saya akan menang pilihan raya ini," katanya yang akan mengunakan logo kunci pada pilihan raya ini.

** Mengkagumkan sungguh semangat nenek ni. Respect ngan dia. Dia tahu jika dia tak boleh bergantung dengan orang lain (2 parti lagi), maka dia kena buat sendiri. Parti Cap Kunci. Memang belum ada pernah dengar ada Ketua Kampung di Malaysia yang pompuan. Dia langkau semua tu, dia memandang sesuatu yang lebih jauh - Thinking BIG - demi mengubah sesuatu di kawasannya. Sekurang-kurangnya dia tidak bacul dan tambah dosa kering macam orang lain, cakap & kutuk di belakang sahaja. Dia akan dapat berkempen mengikut saluran yang sah, sebagai calon Ahli Parlimen.

Semangat kentalnya jelas dengan tidak putus asa untuk membuat penamaan calon kali ke-4. dah dekat 20 tahun dia bercita-cita tinggi. Walau anak cuba halang, dia tetap dengan keputusan. Tokoh2 dari BN atau Mat Sabu pun berani dilawannya. Cukup hebat. Beliau seorang yang cekal gigih, dalam usia 89 tahun tetap sihat, masih bekerja berniaga dan akan terus berbasikal dalam kempen kali ini. Ada sesuatu yang menarik pada dirinya, yang dapat kita jadikan panduan dan pedoman.

Semoga nenek Maimun terus sihat sejahtera. Juga semoga tidak hilang wang pertaruhan.

Related Posts by Categories



4 comments

Pak Ngah: said... @ 1:50 PM

:: salam... kalau ada orang sudi beri saguhati sekurang2nya RM20 ribu kat dia... mungkin dia akan dapat untung RM5 ribu... dan umum TARIK DIRI...

Qaseh Bidadari said... @ 5:11 PM

kagum jugak kat die tp berbaloi ke?

azlanlin said... @ 7:48 PM

Yang pentingnya, mukanya dah masuk paper dan tv. Juga itu menunjukkan jiwanya besar! Walaupun tahu, "ke parit" juga tempatnya!

PakTeh said... @ 6:08 PM

@PakNgah: bagus idea tu.. haha
@mama ranggie: dah dia suka.. :)
@Paktam: apa maksud "parit"? special?

Post a Comment