| 6 comments ]

14 Februari, 2008 11:57 AM

PUTRAJAYA, 14 Feb (Bernama) -- Pengundian bagi pilihan raya umum ke-12 ditetapkan pada 8 Mac ini manakala penamaan calon ialah pada 24 Februari, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) mengumumkan hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri kecuali Sarawak yang telahpun mengadakan pilihan raya negerinya pada 2006.

Seramai 10,922,139 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini berdasarkan kepada daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Feb lepas, katanya.

Abdul Rashid membuat pengumuman itu pada pukul 11.40 pagi ini di ibu pejabat SPR di sini dan ia disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.

Related Posts by Categories



6 comments

arsaili said... @ 9:54 AM

selamat mengundi pak teh, err ngundi di mana?

azlanlin said... @ 3:39 PM

selamat ngundi di Lekir!

Pak Ngah: said... @ 5:43 AM

:: salam PakTeh... mengundi di LEKIAQ...?

---> kelat said... @ 5:52 PM

samat ngundi pakteh... huhuhu...

KakDah said... @ 7:31 PM

Kak Dah dan Bang Chik ngundi di Seremban. DUN Ampangan..... boleh jalan2.

PakTeh said... @ 10:24 AM

arsaili; PakTam, PakNgah, kelat & Kakdah@ MakLang:: ya, PakTeh ngundi di Lekir@ Lekiaq. Geram kat "alif ya nun dal ya alif" yg dok menang di kawasan majoriti MIM. Kurang2 ada rasa puas hati ngundi.

Pantai & Beruas dah tak boleh buat apa2, semua "Cha Ya Nun Alif" yang dok berlawan.

Post a Comment