| 7 comments ]

Pagi tadi, PakTam email - pesan untuk ambil gambar projek cendawan Batu 51. Petang tadi, PakTeh ada hal sedikit di sana - urusan mengisi borang untuk PakNgah & PakLang. Maka dapatlah jenguk2 projek berkenaan.

Penyelenggara projek ialah PakNdak & MakNjang suami isteri. Masih dalam proses awal, tetapi kerja sudah berjalan. Setakat ini, benih2 disimpan semai di bawah rumah atas tepi serambi - dalam almari antik! Almari lauk Tok, hehe. Habitat nampak ok - dalamnya gelap dan pintunya bersalut kasa nylon hijau.


Projek buat bangsal pula dalam proses. PakNdak & PakNjang buat kerja menggergaji kayu lama untuk dibuat tiang. TokNgah Chan (adik tiri Tok Wan) jadi pemantau kerja. Dia dah 'bersara' sebagai nelayan dan jaga pelantar ikan Mat Ketam. Kini banyak berehat setelah dinasihatkan anak-anak. Sekarang beliau memakai tongkat.


Dalam pada tu, anak2 penakan turut sama menyibukkan diri, menolong kerja-kerja yang tak disuruh. Sorang pijak kayu yang digergaji, sorang main mertun. Hehe.. tu la budak2.. Semua punca bagi orang yang letih naik angin, hehe.


Pada tapak bangsal lama di tepi rumah Tok, ada setambun kayu-kayu buruk. Gunanya sebagai media penyemai benih cendawan. Dekat area tu lah nanti, bangsal cendawan nak dibina. Satu tapak lagi, adalah bawah rumah Tok, sepanjang tiang menghala rumah arwah TokLang Jit.

Sebahagian tulisan asal telah dikeluarkan atas faktor politik, ekonomi dan sosial yang sukar difahami serta belum dapat dijelaskan ( X-File Classified). Seperti kata PakTam: "hanya difahami oleh yang memahami." Untuk pertanyaan lanjut, sila dail 103 atau rujuk PakTam sendiri. Segala kesulitan amatlah dikesali - JKR.

Related Posts by Categories



7 comments

Pak Ngah: said... @ 6:52 AM

:: salam PakTeh... semoga projek awal ni bakal menampakkan hasilnya... orang jauh cuma mungkin mampu menumpang syer je... tenaga mungkin tak dapat le... tahniah untuk PakNdak, PakNjang dan MakNjang...

:: woooo... dah jumpa rakan maya cikgu sharifah hassan tu ye... pastinya topik bualan yang hebat.

:: kalau PakNgah dan PakTam balik kampung... boleh pakat2 jumpa cikgu sharifah dan kelat dll... rakan maya lain.

PakTeh said... @ 10:56 AM

Salam PakNgah: syer2 projek tu - PakTam, PakNdak & Maknjang suami isteri.

Cikgu Syarifah tu memang pakar sembang. Kalu jumpa PakNgah, memang boleh pi 2 hari 2 malam bersembang, haha.

Rakan2 bloggers lain, Insya Allah semoga dimudahkan Allah untuk bertemu.

Sharifah Hassan said... @ 1:33 PM

Hahahahahaha....hahahahahah...hahahahahahaha...!!!

Pak Ngah: said... @ 1:45 PM

:: salam kembali... alhamdulillah... moga projek tu berjaya nanti... gabungan 4 orang tu sememangnya mantap... syabas...

:: wooo... cikgu tu pakar sembang ye... kalau jumpa PakNgah... terdiam le PakNgah nampaknya... setakat menyampuk sikit2 tu berani le... itu pun belum pasti rasanya...

Qaseh Bidadari said... @ 2:03 PM

semoga berjaya...

mama pon dah daftar nak p kursus ni tp x compomlg dpt g ke x?

PakTeh said... @ 6:52 PM

PakNgah: bagus bila banyak mendengar, dan sekali-sekala bertanya - untuk merancakkan keadaan. Banyak ilmu yang kita akan dapat, Insya Allah.

PakTeh said... @ 6:57 PM

mama ranggie: Insya Allah - mudah2an dapat. Nampaknya potensi profit projek cendawan amat besar, jika teliti perancangan, betul pengurusan serta diperluas teknik pemasaran.

Post a Comment