| 8 comments ]

10 Februari, 2008 18:11 PM

KOTA BAHARU, 10 Feb (Bernama) -- Proton Holdings Berhad (Proton) akan memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) awal tahun depan, kata Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak boleh menjelaskan lebih lanjut mengenai pengeluaran model terbaru syarikat itu.

"MPV ini saya tidak boleh jelaskan lebih lanjut dan kita tunggu dan lihat saja," katanya ketika merasmikan Program PINTAR Proton di Sekolah Kebangsaan Paloh di sini, hari ini.

Hehe.. betul tu. Kita tunggu dan lihat saja. Semoga modelnya selari dengan inovasi rekabentuk dan kejuruteraan terkini. Juga semoga harganya kompetetif dan berpatutan dengan poket rakyat Malaysia. Juga semoga di tahun depan, benar-benar model yang Terbilang! .. bukan sekadar model Juara - si kotak mancis atau si-pembakar roti, seperti yang digelar oleh sebahagian warga kita..

Related Posts by Categories



8 comments

^aNgRiAni^ said... @ 12:45 AM

~ mcm kotak mancis...hehehe...jiran sebelah umah saya pggil robot...tapi masih dlm kaum kerabat autobots...adios amigo...

PakTeh said... @ 7:21 AM

angriani: apa tu? robot? geng Gaban & Transformer ye? hehe.

Mak Su said... @ 1:20 PM

wah...exciting ni

Qaseh Bidadari said... @ 1:28 PM

ye ke?

nak kena tggulah mcm ni...

kena delay dululah perancangan nak beli mpv ni...

Sharifah Hassan said... @ 2:43 PM

Salam,

Dah buat soft launching...hahahaha..itulah yang disebut pada saya masa membelek BLM dulu!

Kita tunggu dan lihat!

PakTeh said... @ 8:22 PM

maksu: kita tengok la nanti. dengar khabar, MPV tu akan guna spect perdana.

PakTeh said... @ 8:23 PM

salam mama ranggie: dengar khabar, harganya antara Avanza & Citra.

PakTeh said... @ 8:25 PM

sharifah: soft launching sebelum hujung tahun kan? apa2 pun, moga ianya rupa yg seindah khabar.

Post a Comment